Bahaya tukar tayar kenderaan rosak di lorong kecemasan – MIROS

Bahaya tukar tayar kenderaan rosak di lorong kecemasan – MIROS

Pengguna lebuh raya disaran agar tidak cuba membaiki kenderaan yang rosak di lorong kecemasan, sebaliknya menghubungi talian kecemasan 999 atau pengendali lebuh raya bagi mendapatkan bantuan.

Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) Suret Singh, berkata cubaan membaiki kenderaan ataupun menukar tayar pada lorong kecemasan di lebuh raya adalah amat berbahaya.



“Semua pengendali lebuh raya mempunyai pasukan peronda dan penyelamat, jadi hubungilah mereka untuk mendapatkan bantuan serta mengelakkan kehilangan nyawa. Jika tiada dalam simpanan telefon, nombor pengendali lebuh raya boleh diperoleh melalui carian Google.

“Biasanya pasukan peronda lebuh raya akan tiba secepat mungkin dan menunda kenderaan yang rosak ke kawasan rehat berhampiran selain semua penumpang juga perlu keluar dari kenderaan dan berkumpul di luar penghadang jalan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menasihatkan, pengguna lebuh raya agar mengambil iktibar daripada peristiwa kehilangan 10 nyawa di Lebuhraya Elite, pada 18 Dis lalu.



Dalam kejadian itu, 10 individu maut dalam kemalangan membabitkan tiga kereta dan sebuah treler di kawasan Rehat & Rawat USJ Lebuhraya Elite menghala Shah Alam.

Mangsa yang meninggal dunia membabitkan sembilan sekeluarga iaitu ibu serta lapan anaknya dan seorang lelaki yang juga mekanik.

Treler itu dipercayai merempuh tiga kereta yang berhenti di lorong kecemasan kerana satu daripada kenderaan itu mengalami kerosakan.

Suret berkata, kenderaan rosak juga perlu dipasangkan lampu kecemasan dan pemandu disarankan meletakkan ‘segitiga pantul cahaya’ atau kon keselamatan kira-kira 30 meter di belakang kenderaan selain menggunakan lampu suluh bagi tujuan tersebut.



“Ini bagi membolehkan pemandu lain dapat melihat kenderaan rosak yang diletakkan di lorong kecemasan,” katanya.

Beliau turut mencadangkan agar pengguna lebuh raya dapat menyimpan baju pantul cahaya untuk digunakan pada waktu malam jika berlaku kerosakan.

“Eloklah jika dapat menyimpan baju tersebut di dalam kenderaan untuk tujuan kecemasan,” katanya. FMT

Bahaya tukar tayar kenderaan rosak di lorong kecemasan – MIROS




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


ASB: Dividen dan bonus 5% untuk 2021



Patin banjir! Rezeki menjala dapat saiz 15kilogram seekor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker