PSM dakwa mangsa banjir ditekan kembali bekerja, diugut pecat

Sebaran :

PSM dakwa mangsa banjir ditekan kembali bekerja, diugut pecat

Mangsa banjir di Lembah Klang didakwa diberi tekanan oleh majikan untuk datang bekerja, atau berdepan kemungkinan dipotong gaji atau dipecat, kata Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Malah golongan itu turut didakwa diberi amaran oleh majikan untuk tidak mengambil cuti kecemasan.

Ahli Jawatankuasa Pusat PSM Sivaranjani Manickam, berkata berbeza dengan cuti kecemasan kepada pekerja kerajaan, majikan swasta sebaliknya hanya digalakkan memberi cuti berbayar dengan tidak menolak permohonan cuti tahunan.



“Namun demikian, masih terdapat majikan di sektor swasta yang terus menekan pekerja.

“Kerajaan dan Kementerian Sumber Manusia harus mengeluarkan pekeliling di seluruh negara bagi melindungi pekerja yang merana akibat banjir kilat, dengan ini membolehkan mereka diberi cuti kecemasan berbayar sekurang-kurangnya satu minggu,” katanya dalam kenyataan.

Sivaranjani berkata, pihaknya mula menerima aduan daripada pekerja sejak dua hari lalu, mendakwa majikan mereka memberi tekanan dengan mengatakan pekerja tidak boleh mengambil cuti kecemasan.

“Gajinya akan dipotong jika mengambil cuti dan dibuang kerja jika tidak menghubungi majikan dalam masa kecemasan ini,” katanya.



Beliau turut mempersoalkan tindakan majikan mendesak pekerja menghubungi mereka tanpa mengambil kira telefon pekerja tidak dapat dihidupkan, susulan ketiadaan bekalan elektrik akibat banjir.

“Pihak majikan pula memberi tekanan tambahan kepada pekerja dengan paksaan hadir kerja, potongan gaji dan ugutan pembuangan kerja,” katanya. FMT

PSM dakwa mangsa banjir ditekan kembali bekerja, diugut pecat


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


ASB: Dividen dan bonus 5% untuk 2021

Patin banjir! Rezeki menjala dapat saiz 15kilogram seekor


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *