Sedenak flagship keenam Iskandar Malaysia – Ismail

Sedenak flagship keenam Iskandar Malaysia – Ismail

PEMBANGUNAN mukim Sedenak yang terletak di utara wilayah Iskandar Malaysia disifatkan mampu mempercepat pertumbuhan kawasan berkenaan dan daerah berdekatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, inisiatif membangunkan mukim tersebut dimaklumkan kepadanya dalam mesyuarat ahli Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) secara maya hari ini.



Pada masa ini, kata beliau, kebanyakan pembangunan di Iskandar Malaysia tertumpu di bahagian selatan Johor.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Bersama IRDA memaklumkan, Sedenak bakal menjadi flagship keenam Iskandar Malaysia selepas Bandar Raya Johor Bahru; Iskandar Puteri; Tanjung Pelepas dan Tanjung Bin; Pasir Gudang dan Tanjung Langsat serta Senai-Skudai.

Menurut Ismail Sabri, setiap flagship mempunyai fokus pembangunan tersendiri dengan Sedenak akan memberi tumpuan kepada industri agroteknologi; teknologi tinggi; penyelidikan dan pembangunan serta aktiviti rendah karbon.

“Pembangunan Sedenak juga akan memanfaatkan komuniti tempatan serta mengukuhkan jaringan akses antara Johor dan negeri-negeri lain.



“Ini akan menyumbang ke arah menjadikan Johor sebagai sebuah hab pembekal makanan dan pintu masuk antarabangsa untuk Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mesyuarat ahli IRDA secara maya itu turut dihadiri Menteri Besar Johor yang juga Pengerusi Bersama, Datuk Hasni Mohamad serta beberapa menteri Kabinet.

Baca artikel berkaitan: Empat agensi diarah beri laporan harian banjir – PM

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, seramai 5,000 ahli Keluarga Malaysia di wilayah Iskandar Malaysia telah menerima bantuan sepanjang tahun ini dalam bentuk geran padanan gaji, geran memulakan perniagaan, latihan dan pembangunan kapasiti.



Katanya, Geran Pekerjaan Iskandar Malaysia (IMEG) pula menyaksikan sebanyak 252 syarikat telah mengekalkan atau mengambil seramai 1,811 pekerja baharu termasuk golongan wanita, penganggur, orang kurang upaya (OKU) dan pesara.

Ismail Sabri memaklumkan, seramai 1,425 usahawan pula telah menyertai pelbagai program latihan manakala 117 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) telah menerima geran untuk menyokong operasi perniagaan mereka di bawah Program Usahawan Dinamik Iskandar Malaysia.

“Sejumlah 140 peserta B40 telah menyertai Program Iskandar Malaysia Urban Farming (IMURFARM) dan berjaya mencatatkan purata pendapatan sebanyak RM2,800 setiap tuaian manakala 730 peserta program IM Makmur merekodkan peningkatan purata pendapatan antara 25 hingga 65 peratus melalui skim penjanaan pendapatan.

“Geran Pembayaran Sewa (IMRENT); Geran Permulaan Perniagaan (IMSTART) dan Geran Usahawan Belia (IMYES) pula adalah antara bantuan kewangan serta latihan untuk golongan tertentu di bawah agenda ekonomi inklusif di Iskandar Malaysia,” jelas beliau.



Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, IRDA turut menyarankan keperluan untuk meneruskan pembangunan rumah transit yang disasarkan kepada rakyat yang baru bekerja, memulakan perniagaan atau berkeluarga.

Beliau memaklumkan, skim sewaan rumah itu membolehkan mereka tinggal di perumahan yang selamat dan mampu milik sementara menstabilkan sumber-sumber untuk masa hadapan lebih kukuh.

“Skim ini terbukti berjaya melalui Rumah Iskandar Malaysia yang terletak di Gelang Patah di mana hampir kesemua 1,500 unit apartmen telah didiami dan dimanfaatkan rakyat,” katanya. Utv

Sedenak flagship keenam Iskandar Malaysia – Ismail




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


ASB: Dividen dan bonus 5% untuk 2021



Patin banjir! Rezeki menjala dapat saiz 15kilogram seekor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker