Kalau ‘flip flop’ boleh bantu rakyat, saya akan buat – Anwar

Kalau ‘flip flop’ boleh bantu rakyat, saya akan buat – Anwar

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjawab kritikan pembangkang dengan menegaskan beliau tiada masalah “meneruskan keputusan flip-flop” jika tindakan itu memanfaatkan rakyat.

Anwar menegaskan perkara itu susulan dakwaan Zulkafperi Hanapi (PN-Tanjung Karang) bahawa beliau membuat keputusan “flip-flop” dalam isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan mengekalkan subsidi untuk ayam dan telur.



“Kalau pun ‘flip-flop’ untuk bantu rakyat saya akan ‘flip-flop’, buat apa tidak mahu ‘flip-flop’ tetapi bebankan rakyat,” katanya di Dewan Rakyat.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, biasiswa JPA bagi pelajar perubatan, pergigian atau farmasi diteruskan selepas beliau mendengar maklum balas menerusi mesyuarat dipengerusikannya minggu lalu.

Jelasnya, keputusan meneruskan subsidi telur dan ayam dibuat atas kapasiti sebagai menteri kewangan selepas menerima permohonan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Kementerian Perdagangan Dalam negeri dan Kos Sara Hidup.

“Keputusan asal habis Jun, itu keputusan lama jadi kementerian hanya umumkan keputusan, rujuk kepada menteri kewangan, saya kata sambung.



“Apabila dimaklumkan kepada saya diteliti balik ini akan membebankan rakyat, raya haji dekat kita tolonglah rakyat,” katanya.

Menjawab soalan Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh), Anwar menegaskan perjanjian persempadanan maritim Malaysia-Indonesia ditandatangani baru-baru ini tidak akan menjejaskan kepentingan dan kedaulatan negara.

Anwar bersetuju dengan gesaan Muhyiddin supaya perjanjian komprehensif diwujudkan untuk menamatkan pertikaian sempadan antara dua negeri terbabit namun menegaskan hubungan diplomatik juga harus dijaga dalam menyelesaikan nyah. FMT

Kalau ‘flip flop’ boleh bantu rakyat, saya akan buat – Anwar



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perempuan Itu ‘panas’



‘Fitnah Kepala Otak Kau!’ Lufya Warning Dedah Video ‘Sejarah Hitam’ Bekas Suami

Wan Rosdy sebak kenang nasib Najib



Lelaki dakwa lihat makhluk asing tinggi 3 meter

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker