Sittah Annur dibebaskan dengan jaminan polis

Sittah Annur dibebaskan dengan jaminan polis. Ketua ajaran sesat Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) yang digelar Sittah Annur oleh pengikutnya dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman terhadapnya tamat pada Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni berkata, wanita berusia 39 tahun itu dibebaskan sementara menunggu proses siasatan dilengkapkan.

“Tempoh reman tidak disambung, jadi kita bagi jamin dahulu sementara menunggu arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.



Sementara itu, Basri berkata, pihaknya sedang mengenal pasti individu lain yang mempunyai kaitan dengan ajaran tersebut.

“Buat masa ini kita masih cuba mengenal pasti mana-mana individu yang mempunyai kaitan dengan ajaran tersebut. Jika ada, mereka akan dipanggil untuk diambil keterangan,” katanya.

Sinar Harian pada Sabtu melaporkan berkenaan seorang wanita yang dipercayai pemilik akaun Facebook Masitah Ab Jalar atau lebih dikenali sebagai Sittah Annur ditahan berhubung penglibatannya dalam ajaran sesat Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT).

Suspek ditangkap sekitar jam 1.10 pagi pada Sabtu dan direman empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Media.



Sittah Annur dibebaskan dengan jaminan polis


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Koperal cedera parah dilanggar, diseret suspek



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker