Kronologi kisah tragis menimpa Zayn Rayyan

Kronologi kisah tragis menimpa Zayn Rayyan

Hasil bedah siasat menunjukkan anak austisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin meninggal dunia 48 jam di lokasi lain sebelum ditemui di anak sungai kira-kira 200 meter dari kediamannya kelmarin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan leher, berkemungkinan besar dicekik atau dijerut.



Berikut adalah kronologi kehilangan sehinggalah mayat Zayn Rayyan ditemui malam kelmarin.

5 DISEMBER, 12:30 TENGAH HARI

– Ibu kepada kanak-kanak lelaki Autisme berusia enam tahun, Zayn Rayyan Abdul Matiin, berkongsi di Facebook mengenai kehilangan anaknya.

6 DISEMBER, 11:16 PAGI



– Pencarian ibu mangsa gagal menemui anak sulung daripada dua beradik itu dan meminta penduduk setempat membantu mencari kanak- kanak malang berkenaan.

6 DISEMBER, 4:12 PETANG

– Beberapa kanak-kanak memberitahu bahawa mereka melihat mangsa masuk ke kawasan belukar berhampiran. Mangsa turut dikatakan dilihat bermain di tingkat tiga blok kediamannya tetapi melarikan diri sebaik melihat kehadiran orang lain.

6 DISEMBER, 4:27 PETANG



– Operasi dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya Unit Anjing Pengesan (K9) dan bomba dijalankan di semua bangunan perumahan serta kawasan berhampiran namun belum ada petunjuk mengenai keberadaan mangsa.

6 DISEMBER, 9:00 MALAM

– Polis menggerakkan operasi pencarian rumah ke rumah yang membabitkan 40 anggota bersama 60 penduduk setempat. Operasi itu memeriksa 2,482 unit kediaman di 18 blok apartmen terbabit.

6 DISEMBER, 10:00 MALAM



– Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abd Hamid, berkata, mayat kanak-kanak berusia enam tahun itu ditemui di kawasan sungai.

6 DISEMBER, 11:46 MALAM

– Lebih memilukan apabila bapa Zayn Rayyan dilihat sukar menerima berita penemuan menyedihkan itu dan pengsan beberapa kali.

7 DISEMBER, 12:02 TENGAH MALAM



– Faizol Najib Abdul Naim, 45, tidak menyangka akan menemui kanak-kanak istimewa itu dalam keadaan tidak lagi bernyawa.

7 DISEMBER, 1:04 PAGI

– Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abd Majid, berkata mayat mangsa akan dibedah siasat.

7 DISEMBER, 10:36 PAGI



– Polis akan merakam keterangan saksi, keluarga dan jiran. Kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

7 DISEMBER, 3:30 PETANG

– Bedah siasat masih dijalankan oleh pihak Forensik di Hospital Sungai Buloh dan ibu Zayn Rayyan, Ismanira menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut.

7 DISEMBER, 5:00 PETANG

– Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan Zayn Rayyan dibunuh dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

7 DISEMBER, 6:00 PETANG

– Jenazah Zayn Rayyan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara.

7 DISEMBER, 7:00 PETANG

– Jenazah Zayn Rayyan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara.

Kronologi kisah tragis menimpa Zayn Rayyan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Daiyan Trisha dicium Hun Haqeem, netizen naik minyak

Nampak macam mak awak ke, tanya Leona

Aku bersumpah tiada lagi kelahiran lelaki dalam keluarga kau – Bekas menantu Zainal Abidin

Anak Nazir Razak ‘kurang senang’ dengan perkahwinan baru ayahnya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker