Takut Israel bunuh kami – Tebusan Israel

Takut Israel bunuh kami – Tebusan Israel

Sebuah helikopter tentera Israel melepaskan tembakan ke arah tebusan Israel yang ditahan Hamas pada 7 Oktober ketika dalam perjalanan ke Gaza, menurut video yang bocor, mendedahkan ketakutan tebusan yang mungkin terbunuh dalam serangan Israel, bukannya Hamas.

Audio yang bocor itu diterbitkan di laman berita Israel Ynet, mendakwa berlaku pertemuan pada Selasa lalu antara bekas tebusan, ahli keluarga tebusan yang masih ditahan dan jawatankuasa perang Kabinet Israel.



“Perasaan kami di sana ialah tiada siapa yang melakukan apa-apa untuk kami. Hakikatnya ialah saya berada di tempat persembunyian yang dibedil dan kami terpaksa diseludup keluar dan kami cedera.

“Selain helikopter yang menembak kami dalam perjalanan ke Gaza. Perkara sebenar adalah kami dibedil, hakikatnya tiada siapa yang tahu apa-apa di mana kami berada.

“Anda mendakwa bahawa terdapat risikan. Tetapi hakikatnya ialah kami dibedil. Suami saya sudah dipisahkan daripada kami tiga hari sebelum kami kembali ke Israel dan dibawa ke terowong (Hamas),” kata seorang tebusan wanita yang dibebaskan, dalam rakaman itu.

Memetik laporan Agensi Anadolu, dalam butiran pertemuan itu, tebusan yang dibebaskan oleh Hamas dan keluarga mereka bertemu dengan Benjamin Netanyahu bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Perdana Menteri Israel itu akibat serangan udara Israel ke atas Gaza.



Seorang lagi tahanan, yang dibebaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran tebusan antara Israel dan Hamas, berkata: “Saya ditawan dan saya memahami kesusahannya. Setiap hari dalam kurungan adalah amat mencabar.

“Kami berada di dalam terowong, takut bukan disebabkan Hamas, tetapi Israel yang akan membunuh kami.

“Saya sangat menggesa supaya pertukaran tahanan bermula secepat mungkin dan semua orang perlu kembali rumah. Seharusnya tiada hierarki. Semua orang sama penting,” katanya.

Israel meneruskan serangan ketenteraannya di Gaza pada 1 Disember selepas jeda kemanusiaan selama seminggu dengan kumpulan Palestin Hamas berakhir.



Sekurang-kurangnya 17,177 rakyat Palestin terbunuh manakala lebih 46,000 lagi cedera dalam serangan udara dan darat Israel tanpa henti ke atas wilayah itu sejak 7 Oktober lalu, berikutan serangan rentas sempadan oleh Hamas.

Menurut angka rasmi, angka kematian Israel dalam serangan Hamas hanya berjumlah 1,200 orang. BH

Takut Israel bunuh kami – Tebusan Israel

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Daiyan Trisha dicium Hun Haqeem, netizen naik minyak

Nampak macam mak awak ke, tanya Leona



Aku bersumpah tiada lagi kelahiran lelaki dalam keluarga kau – Bekas menantu Zainal Abidin

Anak Nazir Razak ‘kurang senang’ dengan perkahwinan baru ayahnya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker