Survival Umno bergantung kejayaan kerajaan perpaduan

Survival Umno bergantung kejayaan kerajaan perpaduan

Umno perlu kekal dalam kerajaan perpaduan jika tidak mahu pengaruhnya terus merosot, kata penganalisis politik yang berpandangan tindakan tegas perlu diambil terhadap pemimpin “melawan arus”.

Mazlan Ali daripada Universiti Teknologi Malaysia kurang bersetuju gesaan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Isham Jalil sebelum dipecat kelmarin, supaya parti itu mengkaji semula hubungan dengan DAP terutama dalam bergerak bersama dalam pilihan raya.



Demi survival, menurutnya, parti itu perlu berada dalam kerajaan perpaduan dengan memainkan peranan membantu membangunkan negara selain memulihkan Umno yang terjejas berperingkat sejak 2008.

“Walaupun terpaksa bertindak tegas memecat atau menggantung beberapa kerat pemimpin dan ahli Umno,” katanya merujuk pemecatan Isham.

“Bila Umno sertai kerajaan perpaduan, Umno berpeluang memulihkan keyakinan dan menarik semula sokongan rakyat,” katanya kepada FMT, sambil menambah Umno mempunyai masa empat tahun lagi untuk memulihkan “luka parah”.

Susulan kekalahan Umno pada PRK Kemaman, Sabtu lalu, Isham melancarkan kritikan yang mendakwa parti itu terus menerima penolakan orang Melayu kerana sudah tersasar daripada memperjuangkan Melayu dan Islam, serta rela menjadi “barua” DAP.



Kritikan lantangnya terhadap keputusan parti bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) termasuk DAP dalam pilihan raya membawa kepada pemecatan beliau yang diputuskan dalam mesyuarat MKT.

Bagaimanapun, Mazlan berkata penentangan Isham terhadap kerjasama itu tidak perlu sehingga membawa kepada suatu perhimpunan agung khas kerana suaranya tidak mewakili majoriti ahli Umno.

“Kekalahan di Kemaman bukan ukuran. Kemaman adalah sebahagian dari negeri pengaruh PAS yang didominasi gelombang hijau diperkuatkan lagi dengan naratif Melayu-Islam.

“Tetapi di Pelangai, BN mampu tewaskan PAS,” katanya.



Seorang lagi penganalisis politik Anbumani Balan yang turut senada berkata kemenangan Ahmad Samsuri Mokhtar bukan mengejutkan, malah dijangka menang mudah kerana kawasan itu kubu kuat PAS.

Justeru itu, katanya, Umno tidak perlu terlalu memikirkan kekalahan terbabit sebaliknya mara dengan memanfaatkan kedudukan dalam kerajaan bagi mendapat keyakinan orang Melayu.

“Orang Melayu tidak menolak Umno tetapi mahu melihat perubahan dalam parti itu dari aspek penyampaian, gerakan politik, kepimpinan dan melindungi hak bangsa.

“Mereka mahu melihat Umno ada prinsip dan pegangan politik yang tajam,” katanya. FMT



Survival Umno bergantung kejayaan kerajaan perpaduan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Daiyan Trisha dicium Hun Haqeem, netizen naik minyak



Nampak macam mak awak ke, tanya Leona

Aku bersumpah tiada lagi kelahiran lelaki dalam keluarga kau – Bekas menantu Zainal Abidin



Anak Nazir Razak ‘kurang senang’ dengan perkahwinan baru ayahnya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker