Lamborghini ‘bau kedai’ remuk akibat kemalangan

BANGKOK – Seorang pemandu terpaksa ‘berputih mata’ apabila dia merosakkan kereta Lamborghini baharu miliknya yang berharga kira-kira £270,000 (RM1.47 juta) dalam satu kemalangan yang melibatkan beberapa kenderaan di lebuh raya Thailand, lapor akhbar The Sun semalam.

Lima orang dilaporkan cedera dalam kemalangan tersebut yang berlaku berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang di Bangkok.

Lamborghini Aventador kuning yang dimiliki lelaki dari Singapura itu mempunyai nombor pendaftaran berwarna merah, yang menunjukkan bahawa dia baharu sahaja membeli supercar tersebut.



Kereta itu boleh dipandu pada kelajuan mencecah 350 kilometer sejam (km/j) dengan jarak 0 hingga 96 km/j dalam masa 2.8 saat.

Lelaki itu didakwa menyebabkan kemalangan di lebuh raya tersebut pada 5 November lalu, demikian menurut seorang jurucakap polis trafik.

Pegawai yang tiba di lokasi kejadian menemui beberapa tiang utiliti dan penghadang jalan berselerak di seberang jalan bersama beberapa kenderaan yang remuk.

Perkhidmatan kecemasan menemui kereta Lamborghini kuning itu tidak jauh daripada beberapa kenderaan lain yang rosak.



Siasatan awal mendapati lelaki itu memandu laju berhampiran lapangan terbang dan menyebabkan pelanggaran selepas merempuh sebuah kereta Toyota.

Lamborghini itu kemudian melanggar tiang utiliti dan bekalang trap pikap sebelum merempuh penghadang lalu terbalik. Pemiliknya kemudian dibawa ke balai polis tempatan untuk disoal siasat.

Polis sedang meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan itu untuk menentukan sama ada tindakan lanjut akan diambil. – Agensi

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hamzah ‘ketat’ disambut dengan sorakan ‘Katak & Pengkhianat’



Budak Kena Terajang Dek Lelaki Sebab Bengang Lama Sangat Bersandar Di Keretanya [VIDEO]

Pemandu letak pesanan ‘manja’ buat ramai terhibur



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker