Covid-19: 3,267 kes baharu dengan 10 kematian

SHAH ALAM – Sebanyak 3,267 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu dengan dua daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, sebanyak 10 kes kematian baharu akibat wabak itu dicatatkan dengan dua daripadanya merupakan kematian di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka itu menjadikan jumlah kematian dalam negara setakat ini meningkat kepada 36,514.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 34,829 dengan 33,103 atau 95 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 1,635 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 91 daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, 63 pesakit dilapor memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pada Rabu ialah 4,026 menjadikan jumlah keseluruhannya dalam negara kepada 4,865,677 kes.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]

Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang

Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker