Pilihan Raya Umum Malaysia: Deposit calon kita antara tertinggi di dunia

 

SHAH ALAM – Kadar pembayaran deposit ditetapkan bagi seseorang calon yang mahu menyertai pilihan raya di Malaysia merupakan antara tertinggi di dunia.

Bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya SPR, Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar berkata, terdapat banyak negara lain terutamanya dalam kalangan negara Komanwel yang meletakkan jumlah deposit lebih rendah berbanding Malaysia.



“Sebagai contoh, di Australia, mereka menetapkan A$2,000 (RM6,119) sahaja (deposit). Malah negara seperti Kanada juga tidak mengenakan deposit,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

SPR menetapkan bahawa setiap individu yang mahu menjadi calon menjadi calon dalam PRU perlu mengemukakan wang deposit sebanyak RM10,000 bagi Parlimen dan RM5,000 (Dewan Undangan Negeri).

PRU15 mencatat sejarah apabila merekodkan jumlah seramai 945 calon yang bertanding bagi merebut 222 kerusi Parlimen di seluruh negara, iaitu tertinggi dalam sejarah pilihan raya negara.Wan Ahmad menjelaskan, kadar deposit ditetapkan SPR itu adalah sesuai dan ia tidak sepatutnya digunakan sebagai alat untuk menghalang atau menyukarkan penglibatan mana-mana individu yang layak bagi menjadi calon dalam pilihan raya.

“Ini kerana ada juga individu yang berkebolehan untuk menjadi calon dan wakil rakyat tapi dia ada sumber kewangan yang kecil.



“Jadi secara asasnya kita perlu seimbangkan agar rakyat yang betul-betul berkualiti dapat menawarkan diri untuk menjadi calon,” ujarnya.

Dalam pada itu, Wan Ahmad berkata, jumlah penyertaan calon yang teramai pada PRU15 itu perlu dilihat dari sudut positif kerana ia juga secara langsung mencerminkan tahap kesuburan demokrasi negara.

Sementara itu, Penganalisis Pilihan Raya, Dr G Manimaran memaklumkan, kadar wang deposit yang ditetapkan SPR ketika ini mula dilaksanakan pada tahun tahun 1986.

Beliau berkata lagi, sebelum itu, setiap calon disyaratkan memberikan wang deposit berjumlah RM1,500 bagi Parlimen dan RM750 untuk Dewan Undangan Negeri.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]



Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang

Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker