DAP jangan madani hanya di mulut – Pemuda UMNO Kedah

DAP jangan madani hanya di mulut – Pemuda UMNO Kedah

DAP seharusnya faham bahawa kalimah Allah yang diletakkan di stoking adalah isu yang sangat sensitif bagi seluruh umat Islam di negara ini.

Oleh itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Mohd Raqib Abu Hassan berkata, DAP seharusnya tidak masuk campur kerana isu berkenaan dilihat sengaja mencabar umat Islam dengan menghina nama Allah.



“Saya tidak faham kenapa ada sesetengah pemimpin DAP lebih sudu daripada kuah, seolah-olah menganggap ini serangan Ketua Pemuda UMNO (Dr Akmal Saleh) ini berlebihan dan tidak selari dengan semangat kerajaan madani dan perpaduan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Raqib berkata demikian mengulas beberapa kenyataan daripada pemimpin DAP antaranya Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming menggesa agar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh memberhentikan kempen memboikot rangkaian pasar raya KK Super Mart.

Kor Ming menggesa pemimpin muda dari Melaka itu supaya berhenti menghasut sentimen perkauman dan agama berhubung isu berkenaan dengan berkata reaksi Dr Akmal hanya akan memudaratkan UMNO.

Malah Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon juga turut meminta Dr Akmal tidak memperbesarkan isu penjualan stoking yang tertera kalimah Allah.



Dalam pada itu, Mohd Raqib berkata, sekiranya DAP benar benar faham semangat Madani, pihaknya akan membantu UMNO untuk menyelesaikan masalah ini dan bukannya dengan mengeluarkan kenyataan menyindir perjuangan ini.

“Negara kita negara yang terbina atas semangat toleransi tapi bukan bermaksud kita akan sentiasa perlu mengalah dan boleh bermaaf maafan sahaja. DAP kena faham perkara ini.

“DAP yang kononnya sebuah parti berbilang kaum, dan ada sahaja MP DAP beragama Islam, DAP sepatutnya menyertai perjuangan ini. Barulah benar benar Madani!

“Pesan saya kepada DAP, jangan hanya Madani pada mulut dan slogan tetapi tidak pada hati. Orang kata apa, kalau bercakap hanya sakitkan hati, lebih baik diam,” katanya lagi.



Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh sebelum ini lantang mengenai isu stoking kalimah Allah dan mwnganjur agar umat Islam memboikot pasaraya KK Super Mart.

Ia setelah tular penjualan stoking yang tertera kalimah Allah di media sosial oleh pasaraya KK Mart.

Tindakan KK Mart menjual stoking bercetak kalimah “Allah” dalam tulisan Arab dan Rumi mencetuskan kegelisahan dan kemarahan masyarakat Islam. MG

DAP jangan madani hanya di mulut – Pemuda UMNO Kedah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar



Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi



Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker