Malaysia tolak anjur Sukan Komanwel 2026

Malaysia tolak anjur Sukan Komanwel 2026

Kabinet memutuskan untuk menolak tawaran menganjurkan Sukan Komanwel 2026 setelah meneliti semua aspek dan implikasi, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Malaysia sebelum ini ditawarkan oleh Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) untuk menjadi tuan rumah temasya itu bagi menggantikan Victoria, Australia yang menarik diri tahun lalu, di samping turut menawarkan suntikan dana RM602 juta kepada Malaysia.



Victoria menarik diri kerana peningkatan kos penganjuran daripada jangkaan awal AUD2.6 bilion (kira-kira RM8.09 bilion) kepada AUD7 bilion (kira-kira RM21.78 bilion).

“Hasil pertemuan itu dibentangkan dalam mesyuarat jemaah menteri.

“Antara lain diutarakan tawaran CGF berjumlah £100 juta (RM603 juta) yang dijangka tidak mampu menampung kos keseluruhan penganjuran temasya sukan berskala besar.

“Selain itu, impak ekonomi tidak dapat dikenal pasti dalam jangka masa singkat ini,” kata KBS.



Menurut kementerian itu lagi Putrajaya menghargai tawaran yang disampaikan CGF kepada Kuala Lumpur.

“Namun, ketika ini kerajaan mahu memberi fokus kepada pembangunan sukan serta kebajikan dan kesejahteraan rakyat,” katanya lagi.

Malaysia tolak anjur Sukan Komanwel 2026

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar

Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel



Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker