Langkawi perlu program berimpak tinggi setiap bulan – Zahid

Langkawi perlu program berimpak tinggi setiap bulan – Zahid

LANGKAWI: Pulau Langkawi yang menjadi tarikan sehingga di peringkat antarabangsa sebelum ini perlu dianjurkan program berimpak tinggi setiap bulan untuk memulihkan semula ekonomi penduduk di situ selain mengekalkan status pusat pelancongan negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Langkawi tidak boleh bergantung kepada program yang bukan setiap masa diadakan seperti Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa (LIMA) yang hanya diadakan setiap dua tahun.



Katanya, beliau memahami kebergantungan ekonomi penduduk di pulau itu terhadap sektor pelancongan selain mereka meraih pendapatan melalui industri pertanian tempatan.

“Kita mahu di Langkawi ini mesti ada pelancongan domestik dan saya minta Datuk Nazif (Nazifuddin Najib, Ketua UMNO Bahagian Langkawi) berunding dengan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya untuk buat program setiap bulan di Langkawi supaya orang ramai datang.

“Barulah inap desa hidup, industri teksi, kereta sewa dan restoran boleh cari makan kerana rancangan jangka panjang dan sederhana mesti dibuat. Langkawi mesti dibangunakan semula, mesti terus dijadikan pusat pelancongan utama di negara kita,” katanya berucap pada majlis perasmian Program Desa Cerdas Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Taman Nilam, hari ini.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata, jika kerajaan negeri tidak selari dengan Kerajaan Persekutuan, usaha-usaha tersebut sukar untuk dilaksanakan tambahan pula Kedah memiliki seorang Menteri Besar yang sering bergaduh.



“Yang itu ke lain, yang ini ke lain, Menteri Besar pulak ‘loklaq’, duk bergaduh dengan orang. Jadi 12 Ogos ini seperti kata Datuk Seri Saifuddin (Nasution Ismail), Sanusi (Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor silakan turun daripada kerusi itu bagi kepada kerajaan Perpaduan supaya orang Langkawi dapat manfaat,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid ketika ditemui selepas majlis berkenaan berkata, antara perkara yang perlu diberi perhatian segera adalah berkenaan perkhidmatan feri yang dilihat memberi kesan terhadap jumlah kedatangan pelancong ke Langkawi.

“Kawasan laluan feri itu berlumpur ertinya kawasan itu agak cetek maka dari segi laluan feri itu dikurangkan kecuali apabila berlaku peningkatan paras air. Jadi usaha-usaha yang akan dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan adalah menambah peruntukan kerana Langkawi perlu dimajukan semula,” katanya.

Tambah beliau, usaha menyelesaikan isu-isu di Langkawi termasuk perkhidmatan feri itu akan mudah diselesaikan sekiranya pentadbiran kerajaan negeri seiring dengan Kerajaan Persekutuan. Utusan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Enot dedah dakwaan berkahwin dengan pengkid



Rakan pelawak ‘kahwin’ pengkid, Didie Alias sebak

Bukan saya nak buka aib Enot – Didie luah perasaan



Kenapa saya diceraikan – Adibah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker