Twitter tular mengenai UEC bukan dari Anwar – JPM

Twitter tular mengenai UEC bukan dari Anwar – JPM

Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengesahkan ciapan yang tular di Twitter menggunakan akaun ‘Anwar Ibrahim’ yang memuat naik kenyataan mengenai pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC) adalah palsu.

Menerusi hantaran di Facebook pada Rabu, JPM menegaskan, akaun laman sosial itu bukan kepunyaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



“JPM ingin merujuk kepada posting yang tular di media sosial khususnya di Twitter bertajuk ‘Pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC) akan dibincangkan di peringkat kementerian dan usul ini akan diluluskan oleh Kerajaan Perpaduan selaras dengan manifesto Pakatan Harapan (PH).

“Maklumat melalui akaun media sosial tersebut adalah palsu. Orang ramai diminta agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu,” katanya.

JPM pada masa sama turut berkongsi beberapa akaun media sosial rasmi yang digunakan Ahli Parlimen Tambun itu sebagai rujukan kepada orang ramai supaya tidak tertipu dengan maklumat yang tidak betul.

Beberapa hari lalu, Dong Zong memohon pengiktirafan UEC dibincang secara rasional susulan perkara sama turut dibangkitkan ketika PH memerintah negara sebelum ini.



Bagaimanapun tindakan itu mencetuskan kemarahan apabila beberapa pihak dilaporkan meminta supaya Dong Zong tidak rakus dalam membuat tuntutan itu. Sinar

Twitter tular mengenai UEC bukan dari Anwar – JPM


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j

Anwar arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN



Jangan berani sentuh Messi – Tyson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker