Tiada jalan mudah untuk Muda sertai PH – PKR

Tiada jalan mudah untuk Muda sertai PH – PKR

Tiada “jalan mudah” untuk Muda menyertai Pakatan Harapan (PH), kata Ketua Pemuda PKR (AMK) Adam Adli Abdul Halim.

Menurut Adam, terdapat banyak pertimbangan yang perlu dibuat sebelum sesebuah parti itu boleh diterima ke dalam gabungan PH.

“Mana-mana parti di negara ini boleh menyuarakan hasrat untuk menyertai mana-mana gabungan politik. Dalam konteks PH, keputusan terletak di tangan Majlis Presiden PH yang hari ini dipengerusikan oleh Anwar Ibrahim.

“Banyak prasyarat yang perlu dipertimbang sebelum keputusan dicapai. Banyak laluan yang perlu ditempuh selain Majlis Presiden.

“Sehingga kini, di peringkat AMK, PKR, malah Majlis Presiden PH; tiada perbincangan khusus pernah diadakan berkait hasrat Muda tersebut (menyertai PH),” kata Adam dalam siri ciapan di Twitter semalam.

Menurut Adam, PH perlu menyelesaikan beberapa perkara dahulu sebelum mempertimbangkan untuk menerima Muda, terutama sentimen akar umbi.

“Rata-rata akar umbi dan pimpinan AMK serta PKR dilihat tidak senang dengan perkembangan ini, dan ia adalah berasas.

“Pengalaman lampau seperti dalam dua pilihan raya negeri, soal jalinan yang pernah dibuat bersama parti-parti lain yang menolak kepimpinan PH, serta pertembungan demografi antara lainnya memberi kesan kepada penerimaan ramai dalam kalangan PKR khususnya terhadap Muda,” kata Adam.

Adam menegaskan bahawa segala pertimbangan dan keputusan akan dibuat secara rasional, dan selepas mengambil kira, pandangan semua pihak berkepentingan.

“Keputusan kita perlulah sesuai keperluan, dan tidak bertentangan dengan apa yang sudah dimiliki dan dibina oleh gabungan hari ini,” tambahnya.

Pada Selasa, Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata parti itu sudah menyatakan hasrat untuk menyertai PH bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, rundingan tidak rasmi berhubung perkara itu telah diadakan dengan pimpinan PH. Mk

Tiada jalan mudah untuk Muda sertai PH – PKR


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dah bagi Signal Pun Kena Tendang (Video)

Saya tak sekeji dakwaan Puteri Balqis

Ayda Jebat kahwin kerana harta Nabil?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker