Dapatkah perjanjian gabungan halang kejatuhan kerajaan?

Dapatkah perjanjian gabungan halang kejatuhan kerajaan?

Seorang penganalisis menyambut dingin terhadap rancangan pentadbiran Putrajaya untuk mengadakan perjanjian gabungan antara semua parti politik dalam kerajaan perpaduan.

Perjanjian itu, yang akan ditandatangani minggu depan, tidak dapat menghalang kerajaan persekutuan daripada digulingkan, kata Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura.

Katanya, rakyat mungkin membandingkannya dengan Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA) yang ditandatangani oleh Pakatan Harapan (PH) dan Ismail Sabri Yaakob ketika beliau menjadi perdana menteri.

Oh memberitahu FMT, beliau percaya CSA itu, yang digelar memorandum persefahaman antara PH dan kerajaan Ismail, tidak akan dapat dipertahankan jika dicabar di mahkamah.

“Selepas CSA yang sama atau apa yang dipanggil perjanjian gabungan ini ditandatangani, saya rasa rakan gabungan boleh berundur dengan mudah daripada kerajaan,” katanya.

“Ia tidak akan dapat dipertahankan di mahkamah kerana Perlembagaan Persekutuan mempunyai peruntukan untuk kebebasan berpersatuan. Dan kebebasan berpersatuan bermakna kebebasan politik.

“Anda tidak boleh menyekat kebebasan politik rakyat dan parti melalui CSA atau perjanjian gabungan tersebut.”

Beliau berkata apa yang boleh PH lakukan untuk menghalang parti-parti lain daripada berpaling tadah kepada kerajaan adalah dengan menggunakan jawatan dan projek kerajaan.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Zambry Abd Kadir berkata draf akhir perjanjian itu akan siap tidak lama lagi.

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata perjanjian itu adalah untuk menjaga kestabilan kerajaan, dengan pihak-pihak bersetuju untuk mengekalkan pentadbiran Anwar Ibrahim untuk satu penggal.

Seorang penganalisis, Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya (UM) tidak bersetuju dengan Oh sambil memberitahu kepada FMT bahawa beliau percaya perjanjian itu akan membantu memastikan kestabilan kerajaan sambil memberi kejelasan kepada hala tuju pentadbiran.

“Jika tidak, kerajaan mungkin tidak bertahan lebih daripada enam bulan,” katanya.

Awang Azman berkata PH juga perlu memastikan keselamatan BN, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) daripada ancaman yang datang dari dalam atau luar kerajaan.

Katanya, perjanjian itu perlu menunjukkan bagaimana kerajaan boleh menyelesaikan pertikaian dalaman antara pihak dan menangani kemungkinan pembelotan secara en bloc daripada blok kerajaan dan juga kemungkinan individu yang degil tidak mahu mengikut ketetapan parti.

“Selain itu, pandangan dan kritikan parti harus disampaikan secara dalaman dan bukannya secara terbuka melalui media,” tambahnya. FMT

Dapatkah perjanjian gabungan halang kejatuhan kerajaan?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j

Anwar arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN

Jangan berani sentuh Messi – Tyson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker