Pencuri larikan 5 kereta mewah dalam masa cuma seminit

Salah seorang pencuri melarikan sebuah kereta Porsche. – Polis Essex

Sebuah rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan situasi lima buah kereta mewah dilarikan dalam satu kes kecurian yang berlaku dalam masa hanya 60 saat, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Kejadian tersebut berlaku pada 11 November lalu di sebuah premis industri di Essex, England pada pukul 4.45 pagi (waktu tempatan).

Sekumpulan pencuri pada awalnya dilihat membuka pagar untuk mengambil sebuah kereta Ariel Atom yang jarang ditemui serta mempunyai harga permulaan sekitar £60,000 (RM320,689).

Ia diikuti dengan Mercedes G-Wagon yang berharga  £120,275 (RM642,847) dan sebuah Porsche Cayenne.



Kumpulan penjenayah itu meneruskan kegiatan mereka dengan melarikan sebuah Porsche 911 Carrera yang berharga sekitar £89,800 (RM479,964) dan diakhiri dengan Mercedes Maybach yang mempunyai harga permulaan £150,000 (RM801,589).

Pada pengakhiran video tersebut, salah seorang pencuri melompat masuk ke dalam sebuah kereta Mercedes AMG yang sedang menanti di luar pagar.

Menurut laporan, polis Essex mengesahkan salah sebuah kereta yang dicuri, Mercedes Maybach telah ditemui namun, empat kenderaan lain masih hilang.

Polis berkata, kumpulan pencuri itu memotong selak kunci di pagar hadapan sebelum memasuki pekarangan premis tersebut.



“Pegawai polis dikerahkan ke sebuah unit industri di Brentwood Road, Bulphan selepas waktu tengah malam pada 11 November lalu susulan laporan diterima mengenai kecurian lima kereta mewah.

“Suspek-suspek memasuki pekarangan premis dengan memotong selak kunci pada pagar hadapan sebelum melarikan lima kenderaan yang mempunyai nilai dianggarkan melebihi £700,000 (RM3.7 juta).

“Kami memohon kepada sesiapa yang menyaksikan kejadian tersebut, memiliki CCTV atau rakaman papan pemuka termasuk maklumat mengenai kereta yang dicuri agar segera melaporkannya kepada polis,” kata polis. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j



Anwar arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN

Jangan berani sentuh Messi – Tyson



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker