Muda nak keluar, silakan – Adun PKR

Muda nak keluar, silakan – Adun PKR

Sehari selepas seorang pemimpin Umno mencabar Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang mahu menilai semula sokongan terhadap kerajaan serta mungkin turun ke jalan raya jika tiada penjelasan diberikan dalam kes mahkamah Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, hari ini giliran Adun Batu Tiga, Danial Al-Rashid pula berbuat demikian.

Pemimpin PKR itu turut mencabar Muda supaya segera mengambil keputusan untuk keluar dari kerajaan perpaduan atau mengubah perangai dan sikap politik mereka dengan lebih bijak.

“Tindakan ugutan adalah tindakan yang paling dangkal bagi sebuah parti yang kecil dan lemah seperti Muda, terutamanya apabila parti itu bergantung pada kekuatan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Negeri Johor dan Pilihan Raya Umum ke-15.

“Ugutan untuk keluar dari sokongan kerajaan perpaduan tidak akan membantu mencapai matlamat yang sebenar malah hanya meninggalkan Muda terus ke belakang dalam membangunkan negara ini.

“Kalau Muda ingin keluar, silakan. Ada kerusi di blok pembangkang yang kami boleh sediakan,” kata Danial dalam kenyataan media, hari ini.

Mengulas lanjut, Danial yang juga Ketua Pemuda PH Selangor berkata setiap parti politik mempunyai peranan dalam sistem demokrasi negara ini dalam membentuk kerajaan.

“Walau bagaimanapun, kami berharap Muda akan mempertimbangkan dengan rasa tanggungjawab terhadap matlamat perpaduan negara berbanding pendirian parti itu yang mahu dilihat juara sehingga mengganggu keharmonian kerajaan erpaduan.

“Dengan hanya satu kerusi parlimen, adalah penting untuk Muda sedar diri dan bekerjasama dalam rangka mencapai matlamat bersama untuk rakyat Malaysia Madani,” katanya.

Pada 4 Sept, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan (DNAA) Zahid daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi.

Langkah itu diambil hakim Collin Lawrence Sequerah selepas pihak pendakwaan sendiri memohon untuk memberhentikan prosiding dengan memberikan 11 alasan.

Permohonan itu dibuat timbalan pendakwa raya Mohd Dusuki Mokhtar.

Keputusan itu menyaksikan Syed Saddiq Isnin tidak berpuas hati dan memberi amaran untuk menilai sokongannya.

Ketika ini Muda mempunyai seorang wakil di Dewan Rakyat iaitu presiden parti itu sendiri, Syed Saddiq, yang memenangi kerusi parlimen Muar pada PRU lalu.

Muda juga mempunyai seorang wakil dalam DUN Johor apabila Amira Aisya Abd Aziz memenangi kerusi Wangsa Puteri dalam PRN negeri itu pada awal tahun lalu.

Anwar menerajui Putrajaya pada November tahun lalu dengan disokong oleh 148 daripada 222 anggota parlimen, dan ini merupakan jumlah asas untuk membentuk majoriti dua per tiga dalam Dewan Rakyat.

Jumlah 148 itu adalah termasuk Syed Saddiq, yang merupakan ahli parlimen Muar dan secara teori, kerajaannya menikmati majoriti dua pertiga dan boleh meminda Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, ketika ini kerajaan mempunyai 147 ahli Parlimen selepas kerusi Pulai kosong berikutan kematian Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub.

Jika Amanah memenangi semula kerusi Pulai pada hari Sabtu, ini akan memberi kerajaan 148 ahli Parlimen sekali lagi.

Bagaimanapun, jika Muda meneruskan ancamannya, kerajaan akan kembali dengan 147 ahli Parlimen. Mk

Muda nak keluar, silakan – Adun PKR

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Takkan Mimi bercium dengan Merqeen – Anna Jobling

Puteri Sarah dedah tentang hubungan dengan Andi Arsyil

Sama-sama masuk penjara, komen Noh Salleh raih perhatian

Syamsul komen isu Puteri Sarah nak saman bekas kakak ipar Ira Kazar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker