Pemuda Umno minta Anwar tambah peruntukan sekolah agama

Pemuda Umno minta Anwar tambah peruntukan sekolah agama

Pemuda Umno mendesak Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya menambah bantuan untuk sekolah agama rakyat dan sekolah persendirian lain.

Ini selepas Setiausaha Agung DAP Anthony Loke yang juga Menteri Pengangkutan mengumumkan bantuan tambahan kepada sekolah persendirian Cina.



Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh berkata sekolah agama juga sewajarnya menerima bantuan tambahan.

“RM300,000 untuk setiap sekolah persendiran Cina. RM20,000 geran bantuan sekolah agama.

“Saya harap atas prinsip keadilan, YAB PMX boleh menambah lagi peruntukan kepada sekolah agama rakyat dan juga sekolah persendirian yang lain juga.

“Jika Loke boleh mengumumkan peningkatan bantuan tambahan kepada sekolah persendirian Cina dari RM250,000 kepada RM300,000 pada tahun ini, kenapa tidak pada sekolah yang lain juga.



“Mohon untuk dipertimbangkan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya, hari ini.

Pada 5 Feb lalu, Loke mengumumkan 63 sekolah persendirian Cina akan menerima peruntukan RM18.9 juta pada 2024.

Katanya, dengan pertambahan peruntukan itu, setiap dari 63 sekolah persendirian Cina itu bakal menerima RM300,000.

Ini merupakan peningkatan dari peruntukan khas RM15.75 juta – dengan sekolah masing-masing menerima RM250,000 – yang diumumkan tahun lepas.



Dalam Belanjawan 2024, kerajaan mengembalikan semula geran bantuan sebanyak RM20,000 kepada semua Sekolah Agama Rakyat yang berdaftar di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Perdana menteri berkata, kerajaan mengkhususkan RM1.9 bilion bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam.

Ini termasuk RM150 juta disediakan kepada Jakim untuk menyelenggara dan menaik taraf prasarana institusi pendidikan Islam seperti sekolah agama rakyat, institusi pondok berdaftar dan sekolah tahfiz.

Dua institusi pendidikan Islam juga akan dibina melibatkan kos RM220 juta iaitu Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz, Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Jempol, Negeri Sembilan. Mk



Pemuda Umno minta Anwar tambah peruntukan sekolah agama

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Skandal Spanco, siapa terbabit?



Cikgu Fadli bersara kerana tak mahu jadi tetamu biadab

Memang kami lepak dengan Hot Daddy



Saharul Ridzwan jual rumah pula

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker