Peras ugut: Inspektor, 7 anggota narkotik direman

Peras ugut: Inspektor, 7 anggota narkotik direman

Inspektor bersama tujuh anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Seri Alam direman empat hari hingga 9 Feb, disyaki terlibat kes pemerasan berjumlah RM35,000.

Ketua Polis Johor M Kumar, berkata semua lapan mereka berusia 20 hingga 50 tahun.

Katanya, tangkapan dibuat susulan laporan diterima polis Johor pada 5 Feb.

“Majistret Mahkamah Johor Bahru telah membenarkan semua tangkapan direman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selama empat hari bermula 6 hingga 9 Feb,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes masih di peringkat siasatan dan orang ramai diingatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.

“Polis Johor komited dalam usaha memerangi masalah integriti serta salah laku jenayah dalam kalangan pegawainya demi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap pasukan polis,” katanya.

Katanya, mana-mana pegawai dipercayai melakukan jenayah akan diambil tindakan tegas tanpa kompromi. FMT

Peras ugut: Inspektor, 7 anggota narkotik direman

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Skandal Spanco, siapa terbabit?

Cikgu Fadli bersara kerana tak mahu jadi tetamu biadab

Memang kami lepak dengan Hot Daddy

Saharul Ridzwan jual rumah pula

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker