PH, BN raih 74 peratus sokongan pengundi Selangor – Tinjauan IDE

PH, BN raih 74 peratus sokongan pengundi Selangor – Tinjauan IDE

Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memperoleh 74 peratus sokongan pengundi di Selangor berdasarkan tinjauan diadakan pada Mei lalu, dengan 68.6 peratus berpuas hati terhadap pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut tinjauan itu yang dijalankan oleh Institut Darul Ehsan (IDE), Perdana Menteri juga meraih 73.4 peratus persepsi positif daripada pengundi di Selangor.



Pengerusi Eksekutif IDE, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, berkata tinjauan dijalankan dari 12 hingga 15 Mei lalu itu membabitkan 1,693 responden dan dilaksanakan mengikut pelbagai segmen pengundi di 54 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.

Beliau berkata, tinjauan secara bersemuka itu mengadaptasi kaedah kajian pengundi di lapangan mengikut standard antarabangsa yang dilaksanakan di banyak negara.

“Kajian di 54 DUN itu membabitkan demografi penduduk dari segi jantina, umur, bangsa dan kecenderungan politik.

“Berdasarkan keputusan tinjauan dan kajian itu, didapati PH memperoleh 58 peratus sokongan dan BN meraih 16 peratus, manakala Perikatan Nasional (PN) pula 16 peratus,” katanya pada taklimat media di IDE, di sini, hari ini. BH



Berita lanjut

PH, BN raih 74 peratus sokongan pengundi Selangor – Tinjauan IDE

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Adakah Hamzah mahu menyatakan bahawa Istana Selangor mempolitikan Sanusi?

Pelajar Universiti Jadi Ketagih Jual Gambar Bogel Kerana Bayaran Lumayan (Video)



Bekas Ratu Cantik Vietnam Jadi Petani

Tikus Makan Ayam Mentah Dalam Kedai Runcit (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker