Tesla ada pelan pembangunan menyeluruh di Malaysia

Tesla melancarkan secara rasmi Model Y di Malaysia hari ini

Tesla ada pelan pembangunan menyeluruh di Malaysia

Tesla akan melaksanakan pelan pembangunan komprehensif seiring dengan sasarannya untuk meningkatkan penguasaan dalam pasaran kenderaan elektrik di Malaysia (EV).

Pengarah Serantau Tesla, Isabel Fan, berkata komitmen berkenaan diberikan oleh pengeluar EV terkemuka dunia itu susulan pelancaran rasmi model pertamanya di negara ini, kenderaan utiliti sukan (SUV) Model Y elektrik sepenuhnya selepas mengumumkan pembukaan ibu pejabat bertempat di Cyberjaya minggu lalu.



“Tesla mempunyai pelan pembangunan komprehensif untuk pusat pengalaman, perkhidmatan dan sokongan serta infrastruktur stesen mengecas, bertujuan untuk menyampaikan pengalaman pemilikan yang lancar,” katanya selepas melancarkan Tesla Model Y di sini, hari ini.

Tesla ketika ini mereka bentuk, mengeluarkan, menggunakan, memiliki dan mengendalikan rangkaian pengecasan pantas terbesar di dunia.

Fan berkata, stesen Supercharger tertutup pertama Tesla diletakkan di Pavilion KL membabitkan sebanyak 8 Supercharger yang akan dibuka tidak lama lagi.

Beliau berkata, Tesla bercadang untuk membuka beberapa lagi stesen Supercharger di lokasi strategik meliputi destinasi popular di seluruh negara.



Katanya, dengan adanya Supercharger, Model Y beroperasi pada kecekapan puncak 250 kW boleh mengecas sehingga 120 kilometer dalam tempoh hanya lima minit.

“Ia juga membolehkan pengalaman pemanduan yang lebih lancar dari Singapura ke Malaysia dan membawa sehingga ke Thailand, kerana stesen Supercharger juga akan dibuka di Johor dan Pulau Pinang.

“Tesla ingin mengukuhkan komitmen untuk membolehkan perjalanan merentas sempadan yang mudah dan cekap di rantau ini,” katanya.

Fan berkata, selaras dengan matlamat Malaysia untuk mempromosikan mobiliti rendah karbon dan menyokong industri EV, pelanggan Tesla boleh menikmati pengecualian duti import dan eksais penuh untuk pelepasan sifar.



Selain itu, katanya pelanggan boleh mendapat manfaat daripada 100 peratus pengecualian cukai jalan dan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 ke atas perbelanjaan berkaitan kemudahan pengecasan EV untuk tahun taksiran 2023.

“Syarikat yang menyewa EV bukan komersial boleh menuntut potongan cukai ke atas jumlah sewa sehingga RM300,000 dari tahun taksiran 2023 hingga 2025,” katanya.

Tesla hari ini melancarkan secara rasmi Model Y yang ditawarkan pada harga bermula daripada RM199,000 (RWD), RM246,000 bagi Model Y varian jarak jauh dan RM288,000 bagi Model Y prestasi tinggi.

Tempahan untuk model itu sudahpun dibuka dan penyerahan pertama Model Y kepada pelanggan adalah pada awal 2024.



SUV berkenaan adalah model elektrik paling laris di dunia dan menjadi antara kereta paling selamat di jalan raya dengan penarafan lima bintang daripada NHTSA dan Euro NCAP.

Model Y boleh didapati dalam versi Model Y (pacuan roda belakang dan pecutan) hingga 100 km/j dalam masa 6.9 saat.

Bagi Model Y jarak jauh (pacuan semua roda dan dwi-motor), ia ditawarkan dengan jarak pemanduan lebih jauh iaitu 533 km.

Kelajuan maksimum varian itu adalah 217 km/j dengan pecutan 0-100 km/j dalam masa 5.0 saat.



Varian terakhir adalah Model Y prestasi tinggi (pacuan semua roda dan dwi-motor) yang menawarkan jarak pemanduan 514 km dan lebih laju dengan kelajuan maksimum 250 km/j dan pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 3.7 saat.

Untuk pasaran Malaysia, ketiga-tiga varian itu ditawarkan bergantung kepada konfigurasi trenkuasa dan tidak ketinggalan pilihan untuk memadankan ciri Autopilot dan Full Self Driving (FSD).

Terdapat lima pilihan warna iaitu Pearl White Multi-Coat, Solid Black, Midnight Silver Metallic, Deep Blue Metallic, dan Red Multi-Coat.
BH

Tesla ada pelan pembangunan menyeluruh di Malaysia



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Adakah Hamzah mahu menyatakan bahawa Istana Selangor mempolitikan Sanusi?

Pelajar Universiti Jadi Ketagih Jual Gambar Bogel Kerana Bayaran Lumayan (Video)

Bekas Ratu Cantik Vietnam Jadi Petani

Tikus Makan Ayam Mentah Dalam Kedai Runcit (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker