Sekolah vernakular tidak berpelembagaan guna dana awam, NGO terus cabar di mahkamah

PETALING JAYA: Sekolah vernakular akan dicabar status institusinya sama ada ditubuhkan sebagai badan awam yang memperoleh dana daripada sumber awam mengikut Akta Pendidikan.

Itu antara kandungan rayuan dikemukakan NGO dalam usaha mereka merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada 29 Dis lalu, yang memutuskan sekolah vernakular di negara ini adalah sah di sisi perlembagaan.

Tetuan Amelda Fuad Abi & Aidil dan Tetuan Hariz Syakinah, yang mewakili Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM), Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), berkata rayuan berkenaan difailkan masing-masing pada 25, 26 dan 27 Jan lalu.

Dalam kenyataannya, mereka berkata alasan utama Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa sekolah vernakular adalah sah, atas pandangan bahawa kedua-dua entiti berkenaan bukan “pihak berkuasa awam”, justeru itu urusan berkaitannya bukan urusan rasmi.

“…dan dengan yang demikian itu tidak berkewajipan di sisi perlembagaan untuk menggunakan bahasa kebangsaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

“Justeru itu, rayuan di Mahkamah Rayuan nanti akan mencabar dapatan di Mahkamah Tinggi tersebut, serta diharapkan akan dapat menentukan persoalan undang-undang sama ada SJK Cina dan SJK Tamil yang ditubuhkan di bawah Akta Pendidikan dan mendapat dana serta sumber-sumber awam, adalah sebenarnya badan awam ataupun tidak ,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, pihaknya sudah diarahkan untuk menegaskan bahawa ketiga-tiga NGO berkenaan menyokong segala usaha peningkatan penguasaan bahasa ketiga, sama ada bahasa Mandarin, Tamil, Arab, Kadazan, atau mana-mana sahaja bahasa lain di dunia termasuk Jepun dan Korea.

“Tetapi, menolak mana-mana bahasa asing tersebut daripada dijadikan bahasa pengantar utama di mana-mana institusi pendidikan awam yang menerima dana awam, kerana hal tersebut akan bercanggah dengan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang mesti digunakan untuk semua tujuan rasmi,” katanya.

Katanya, rayuan dikemukakan juga diharap dapat memperjelas kedudukan isu perlembagaan, bukannya dijadikan sebagai isu perkauman oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pasukan peguam berkenaan juga akan diketuai peguam kanan, Haniff Khatri.

Bulan lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Ghazali memutuskan bahawa penggunaan bahasa Tamil dan Mandarin di sekolah vernakular adalah mengikut Perlembagaan.

“Sekolah-sekolah ini bukan entiti awam seperti yang ditakrifkan dalam Perlembagaan Persekutuan untuk menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar,” katanya ketika menolak saman terhadap kewujudan sekolah vernakular.

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker