3.8 juta pengundi muda bakal tentukan PRU15 – Tengku Zafrul

3.8 juta pengundi muda bakal tentukan PRU15 – Tengku Zafrul

Seramai 3.8 juta pengundi muda baharu berusia 18 tahun bakal menentukan masa hadapan Malaysia dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bendahari Barisan Nasional (BN) Selangor, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia susulan pertambahan sebanyak 7.8 juta pengundi baharu dijangka berlaku dalam pilihan raya akan datang.

“Pertambahan ini menunjukkan jumlah pengundi baharu mewakili 34 peratus daripada keseluruhan jumlah pengundi. “Dalam kata lain, tiga daripada 10 pengundi ialah pengundi baharu.



“Kehadiran mereka mampu mengubah senario politik semasa jika semua pengundi ini keluar mengundi semasa pilihan raya akan datang,” katanya di sini, malam ini.

Terdahulu Tengku Zafrul merasmikan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Selangor di Stadium Utama Kuala Selangor, malam ini.

Turut hadir, Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar; Ahli Dewan Negeri Sungai Panjang, Datuk Mohd Imran Tamrin; dan Ketua Komunikasi BN, Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata, kuasa Undi 18 PRU15 membolehkan golongan muda diberi peluang untuk terlibat secara aktif dalam politik seterusnya membuat keputusan bagi menentukan masa hadapan negara.



“Undi 18 mampu mengubah gaya politik tradisional. Anak muda harus membuktikan mereka mampu menawarkan wadah baharu politik yang lebih segar. “Lebih baik pemahaman golongan muda terhadap isu-isu semasa, lebih bijak pilihan yang akan dibuat demi masa hadapan negara,” katanya.

Tambahnya, Undi18 dilihat dapat memberi peluang kepada golongan muda untuk terlibat aktif dalam membuat keputusan berkenaan masa depan negara.

“Mungkin selepas ini kita boleh melihat lebih ramai golongan muda menjadi pemimpin, baik di peringkat Persekutuan mahu pun negeri.

“Undi18 mampu melahirkan bakal pemimpin yang matang dan berkualiti. Anak muda Malaysia hari ini hanya mahukan keadilan saksama untuk semua,” katanya.



Katanya lagi, penurunan umur minimum mengundi dilihat mampu memberi lebih masa kepada golongan muda mendekati dan mendalami arena politik dan kepimpinan negara.

“Apabila ramai wakil golongan muda dalam arena politik sudah tentulah suara generasi muda ini akan lebih didengari. “Walaupun ada pihak yang ragu-ragu dengan kemampuan golongan muda, tetapi peluang sebegini dilihat sebagai jalan terbaik untuk negara melahirkan bakal pemimpin berkaliber pada masa hadapan,” katanya lagi. MG

3.8 juta pengundi muda bakal tentukan PRU15 – Tengku Zafrul


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib

Aiskrim Haagen-Dazs ditarik balik KKM

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker