Kerajaan bincang benarkan semula eksport ayam – Ismail

Kerajaan bincang benarkan semula eksport ayam – Ismail

Kerajaan akan membincangkan cadangan untuk membenarkan semula ayam dieksport dalam masa terdekat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee akan membentangkan perkara itu secara terperinci membabitkan jumlah pengeluaran ayam pada bulan depan dan kesannya terhadap pasaran tempatan.

“Fokus kita rakyat. Kita akan bincang dan kalau rasa kita boleh benarkan eksport, dan dari segi bekalan dalam negara tidak berkurangan kerana eksport itu, mungkin kita boleh pertimbangkan untuk semak semula larangan ini,” katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancomgan Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), di sini, hari ini.

Tambah beliau, perkara ini perlu kajian terperinci bagi memastikan bekalan ayam di paatan tidak terganggu.

“Kita takut nanti buka eksport 3.6 juta ekor sebulan, kalau kita buka (eksport), takut terkesan pula dari segi bekalan dalam negara.

“Bila bekalan kurang, harga mesti naik kerana permintaan melebihi penawaran,” ujarnya. MG



Kerajaan bincang benarkan semula eksport ayam – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib

Aiskrim Haagen-Dazs ditarik balik KKM

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker