Melon Manis Terengganu terbaik

Melon Manis Terengganu terbaik

SERDANG – Meskipun telah mula diperkenalkan sejak tahun 2015, namun sehingga kini masih ramai yang tidak mengetahui kewujudan buah Melon Manis Terengganu (MMT).

Buah yang menjadi ikon di negeri berkenaan tidak akan dapat dilihat ditanam di negeri-negeri lain. Eksekutif Pembangunan Usahawan Terengganu Agrotech Development Corporation Sdn Bhd (TADC),

Hakimuddin Islah Zaimuddin berkata, buah tersebut hanya ditanam di Terengganu kemudian di jual di negeri-negeri lain.



Uniknya buah berkenaan berbanding buah melon yang lain kerana warnanya kuning terang setelah mencapai tempoh matang selain teksturnya yang lebih rangup dan manis.

“MMT ini mula diperkenalkan sejak tahun 2015, ia dijadikan sebagai icon buah Terengganu selepas percubaan kacukan sebanyak tujuh buah.

“Warnanya kuning apabila masak, mengambil masa selama 60 hingga 65 hari untuk matang dan sedia untuk dimakan,” katanya.

Sebagai rekod, MMT merupakan buah yang dihasilkan khas untuk industri pertanian Terengganu. Ia bukan sahaja memiliki rasa yang manis dan struktur buah yang rangup malah ia juga mempunyai khasiat tersendiri termasuk bersifat antioksida, baik untuk kesihatan kulit, menguatkan antibodi badan, mengandungi vitamin A dan C. MG



Melon Manis Terengganu terbaik


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib

Aiskrim Haagen-Dazs ditarik balik KKM

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker