Dikecam bawa naik RXZ atas kondo

Dikecam bawa naik RXZ atas kondo

Mungkin persediaan untuk hadir pada janji temu RXZ Members di Terengganu yang baru saja bermula hari ini, seorang pemuda dikecam teruk oleh orang ramai di media sosial.

Satu klip video yang sedang tular di laman Twitter hari ini menyaksikan tingkah laku seorang pemuda yang membasuh motosikal Yamaha RXZ di lobi sebuah kondominium.



Ramai yang menyifatkan tingkah laku yang dilakukan pemuda itu ibarat ‘perangai flat bawa ke kondo’.

Ada juga orang ramai yang marah sekiranya betul pemuda tersebut menyumbat motosikalnya itu ke dalam lif sebelum dinaikkan ke kediamannya.

“Jangan la bawa perangai macam ni kalau kita hidup berjiran, tambah-tambah dekat rumah tingkat atas. Nak turunkan nanti pun mesti ikut lif,” kata Issey Scooter.

“Kalau aku lihat, bangsa lain sekarang berebut dengan kenderaan yang berteknologi tinggi dan terbaru, kalau bangsa kita masih lagi berebut pasal harga RXZ.



“Aku pun pelik, RXZ ni kemain banyak lagi dekat Malaysia, tapi dah diisytihar barang ‘rare’, harga pula mahal,” kata Dodihotoo.

“Ini dia bawa naik melalui lif atau dia pasang barang ‘relai’. Kalau dia pasang sekalipun nanti nak turunkan melalui lif juga. Jangan susahkan penduduk lain sudahlah,” jelas Irfan Noor. K Online

Dikecam bawa naik RXZ atas kondo


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib



Aiskrim Haagen-Dazs ditarik balik KKM



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker