Eh, bukan Malaysia sudah bankrap ke? – Najib

Datuk Seri Najib Razak menempelak Pakatan Harapan (PH) yang meminta supaya kerajaan berbelanja lebih banyak untuk menangani kemelesetan ekonomi.

”Eh… Malaysia bukan sudah bankrap bawah BN dahulu ke?” tanya bekas Perdana Menteri itu.

Najib berkata, dahulu, PH yang mengumum kanMalaysia tiada risiko kemelesetan ekonomi walaupun Covid-19 mengancam.

Malah, katanya, dulu PH juga yang mengatakan Malaysia sudah bankrap dan rakyat tidak boleh harap kerajaan membantu.



Lim Guan Eng dalam kenyataannya hari ini berkata, kerajaan harus melaksanakan satu lagi pusingan langkah-langkah kewangan pasca Covid-19 seperti suntikan dana berjumlah RM45 bilion yang dilakukan pada awal bulan April.

Bekas Menteri Kewangan itu menambah, penyusutan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku kedua iaitu 17.1%, terburuk dalam sejarah memerlukan satu lagi pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM45 bilion bagi memerangi kemelesetan ekonomi Covid-19.

”Terdapat keperluan mendesak untuk satu lagi pusingan pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM45 bilion untuk mencegah deflasi, termasuk bantuan kewangan kepada perusahaan kecil dan sederhana dan melanjutkan moratorium pinjaman bank selama 6 bulan lagi apabila tamat pada 30 September.

”Kegagalan untuk melakukannya akan menyebabkan malapetaka yang lebih besar termasuklah kebankrapan kerana banyak yang akan gagal untuk membayar pinjaman mereka, baik untuk tujuan kereta, rumah atau perniagaan,” kata Guan Eng. – MalaysiaGazette



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker