Ular tedung selar 5 meter berlingkar atas televisyen

PADANG TERAP: Seekor ular tedung selar sepanjang lima meter masuk ke sebuah rumah sebelum melingkar di atas televisyen di Kampung Pong Manis, Padang Terap, hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Padang Terap, Leftenan (PA) Mohd Shukri Shuib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pemilik rumah berkenaan pada jam 4.44 petang.

Beliau berkata, pemanggil menyedari ular tedung selar sepanjang hampir lima meter itu melingkar di atas televisyen.

“Ketika itu ular berkenaan sedang berada berhampiran seekor kucing berdekatan televisyen. Dia menghubungi APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) kerana bimbang ular itu bertindak agresif,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.



Mohd Shukri berkata, pasukannya mengambil masa hampir 10 minit untuk menangkap ular tedung selar berkenaan yang agresif dan cuba menyerang serta mematuk anggota.

Beliau berkata, ular tedung selar seberat 25 kilogram (kg) itu berjaya ditangkap menggunakan peralatan khas menangkap ular.
Ular tedung selar itu kemudian dibawa ke pejabat APM Padang Terap sebelum diserahkan kepada PERHILITAN.

Tiga hari lalu,seorang lelaki yang sedang mencari barang dalam rumahnya terkejut selepas terjumpa seekor ular tedung selar yang menjalar di alang rumahnya di Kampung Mani, Kuala Nerang dekat sini malam tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Padang Terap, Leftenan Mohd Shukri Shuib berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.53 malam.



“Tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang diketuai Leftenan Muda (PA) Nurul Nadya Yahya tiba di lokasi pada jam 9.05 malam dan mendapati ular tedung itu berada di atas alang rumah berkenaan.

Anggota kemudiannya mengambil masa selama 15 minit untuk menangkap ular tersebut yang dianggarkan sepanjang tiga meter dan seberat 10 kilogram.

Sangkakan ayam nak bertelur, rupanya ular tedung atas kepala



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker