Kedai baju raya RM1 diserbu, berlaku kekecohan

Kedai baju raya RM1 diserbu, berlaku kekecohan

SHAH ALAM – Gara-gara promosi jualan pakaian untuk Hari Raya Aidlifitri pada harga RM1 menyebabkan sebuah kedai pakaian di Seksyen 7, di sini, diserbu orang ramai sehingga berlaku kekecohan, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima aduan berhubung kekecohan ketika kedai berkenaan mula beroperasi pada jam 10.30 pagi.



“Difahamkan kedai pakaian berkenaan membuat promosi untuk 100 orang terawal untuk membeli pakaian pada harga RM1, manakala 50 orang berikutnya akan mendapat baju kurta percuma.

“Bagaimanapun, dianggarkan lebih 500 orang membanjiri kedai berkenaan untuk mendapatkan harga promosi (RM1) itu sehingga berlaku tolak menolak dan kekecohan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mohd Iqbal berkata, atas faktor keselamatan, pihak pengurusan kedai bersetuju menghentikan operasi kerana tidak dapat mengawal bilangan pengunjung yang hadir pada jam 11.45 pagi.

“Setakat ini, tiada sebarang laporan polis yang dibuat oleh mana-mana pihak berkaitan kejadian itu dan tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.



“Orang ramai dinasihatkan agar tidak terlalu mudah terpengaruh dengan mana-mana promosi yang dibuat pada musim perayaan ini,” katanya.

“Pihak peniaga hendaklah sentiasa peka dan elakkan membuat promosi yang boleh mengelirukan orang ramai bagi mengelakkan kejadian seperti ini tidak berulang lagi,” katanya. Sinar

Kedai baju raya RM1 diserbu, berlaku kekecohan

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Parti lain tak minta pun pemimpin letak jawatan lepas kalah PRU

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kantoi Curang, Da’i Pukul & Maki Kekasih (Video)



Lelaki Paling Dayus – Pachara Dedah Betapa Kejamnya Afiq Muiz

Musa kena betulkan dirinya dulu – Elly Afizahwati



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker