PADU tidak munasabah, kumpul ‘maklumat terlalu peribadi’ – Premier Sarawak

Tidak munasabah Pangkalan Data Utama (Padu) mengumpul maklumat peribadi terlalu terperinci sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai, kata Premier Sarawak Abang Johari Openg

Katanya, perlu ada had bawah Akta Perlindungan Data Peribadi untuk melindungi maklumat peribadi rakyat, selaras dengan peruntukan perlembagaan terutamanya dari segi kebebasan.

“Anda mempunyai hak untuk tidak mendedahkan maklumat peribadi anda.



“Tapi sekiranya ia berkaitan dengan pendapatan dan juga keadaan ekonomi, sudah tentu data itu lebih relevan,” dia dipetik sebagai berkata oleh Utusan Borneo Online.

Dia demikian ketika ditemui pemberita selesai menghadiri majlis sambutan Nuzul Al-Quran di Kota Samarahan malam tadi.

Abang Johari bagaimanapun berkata kerajaan negeri tetap menyokong objektif Padu untuk melaksanakan subsidi bersasar.

“Mereka yang berada dalam kategori itu mesti diberi bantuan.



“Akan tetapi maklumat yang diperlukan begitu terperinci sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang ramai,” dia dipetik sebagai berkata.

Sementara itu, Abang Johari mendedahkan dia belum mendapat maklumat lanjut mengenai pertemuan antara Kementerian Ekonomi dengan wakil kerajaan Sarawak bagi membincangkan isu Padu.

“Terpulang kepada bila rombongan daripada Kementerian Ekonomi hendak datang kerana sudah semestinya Menteri Ekonomi Rafizi Ramli ingin lebih tahu punca Sarawak memohon Padu ditangguhkan.

“Kita juga mahu mendapatkan maklumat-maklumat yang lain khususnya membabitkan sudut privasi,” katanya.



Sementara itu, portal itu juga difahamkan bahawa Setiausaha Kerajaan Negeri Mohamad Abu Bakar Marzuki pada malam itu mengesahkan kementerian ekonomi akan datang ke Sarawak minggu hadapan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Shidee yang ditahan polis

Safee Sali mengaku kahwin lain



Hans Isaac tak malukah – PN

Lantikan penjawat awam baharu setara sistem pencen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker