Filem ada unsur LGBTQ tidak akan ditayang

Filem ada unsur LGBTQ tidak akan ditayang

Mana-mana filem yang memaparkan kandungan mempromosi gaya hidup LGBTQ (lesbian, gay, biseksual, transgender dan kelompok yang mempersoal identiti seksual diri) bergantung kepada keseluruhan jalan cerita tidak akan diluluskan Lembaga Penapisan Filem (LPF) tayangan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, badan yang bertanggungjawab menapis dan memberi klasifikasi filem itu juga tidak akan meluluskan tayangan bagi filem yang mengandungi unsur komunisme, Islamofobia, bertentangan dengan akidah Islam dan ajaran sesat.



“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini didapati terdapat peningkatan bagi filem-filem yang memasuki pasaran Malaysia yang mengandungi unsur-unsur bertentangan dengan pegangan dan norma kehidupan masyarakat di negara kita seperti LGBTQ, komunisme, Islamofobia dan bertentangan dengan akidah Islam.

“Dalam konteks ini suka saya memaklumkan, kerajaan Malaysia tidak pernah meratifikasi mana-mana konvensyen antarabangsa berkaitan LGBTQ serta tidak pernah mengiktiraf sebarang gaya hidup LGBTQ,” katanya ketika memberi penerangan menteri berhubung Pemerkasaan LPF selepas tamat sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Tambah beliau, dengan kepesatan teknologi digital industri pada masa kini, LPF berdepan pelbagai cabaran dalam memenuhi jangkaan pelbagai pihak termasuk penggiat industri filem dan penyiaran serta tahap penerimaan dan kematangan khalayak penonton.

Saifuddin turut memberi jaminan LPF akan bersikap terbuka dalam memberi khidmat nasihat bagi membantu semua pihak memastikan filem yang dihasilkan dapat ditayangkan kepada umum.



“Di satu sisi LPF dilihat terlalu rigid, bahkan dianggap gunting tajam yang menyekat kreativiti penggiat filem tempatan tetapi di satu sisi lain LPF kena mengimbangi dan mempertahankan nilai-nilai baik yang menjadi pegangan kepada masyarakat tempatan,” katanya. K Online

Filem ada unsur LGBTQ tidak akan ditayang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar

Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel



Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker