Diana Danielle naik 15kg bukan sebab hamil (Video)

Diana Danielle naik 15kg bukan sebab hamil tapi (Video)

PELAKON dan penyanyi Diana Danielle menegaskan pertambahan berat badan sebanyak 15 kilogram (kg) yang dialami ketika ini bukanlah disebabkan dia sedang hamil anak ketiga.

Sebaliknya kata isteri kepada aktor Farid Kamil itu, dia sangat seronok menikmati hidangan makanan yang dimasak oleh pembantu rumahnya sehingga tidak perasan berat badannya bertambah.



“Jangan buat sebarang spekulasi saya hamil walaupun berat badan saya bertambah 15 kilogram.

“Saya tahu itu berat kehamilan saya tapi sebenarnya saya ada pembantu rumah yang sangat pandai memasak.

“Selera saya terkejut sebab sebelum ini saya tak pernah ada pembantu rumah yang pandai masak.

“Setiap kali saya balik rumah, akan sentiasa ada makanan sedap. Saya tak sedar beat badan bertambah walaupun seluar dan baju dah tak muat sehingga buatkan saya nampak seperti ‘bloody papaya’,” katanya.



Diana berkongsi perkara tersebut menerusi video di TikTok miliknya.

Diana akui ramai yang bertanyakan kepadanya adakah dia sedang mengandung bagi mendapatkan kepastian.

Bagaimanapun, Diana atau Diana Danielle Danny Beeson,31, dia dan Farid tidak pernah merancang untuk menambah bilangan anak.

Malah, mereka sudah cukup bahagia membesarkan sepasang cahaya mata yang melengkapi keluarganya.



Kata Diana, faktor usia juga turut mempengaruhinya untuk tidak lagi hamil kerana tiak mahu lagi mengulangi rutin menguruskan anak kecil seperti dua anaknya dahulu.

“Saya mula bekerja sepenuh masa ketika remaja dan memiliki anak pada usia 20-an. Sekarang anak-anak dah besar dan karier seni saya juga sudah stabil.

“Saya tahu saya pentingkan diri dengan mengatakan ini tapi insya-Allah saya betul-betul tidak mahu tambah anak lagi.

“Bukanlah sebab saya tak hargai ada anak tapi tidak untuk ada anak kecil pada usia sekarang ni,” tegasnya.



Justeru, dia memohon orang ramai menghormati pendiriannya kerana pada masa sama dia ingin memberi fokus kepada dua anaknya yang masih bersekolah.

“Saya masih seorang ibu tapi anak-anak saya dah sampai usia mereka bersekolah. Saya boleh uruskan hal saya dan bertemu dengan mereka selepas sekolah.

“Kenapa saya nak kembali semula tukar lampin dan menyusukan anak? Seperti tak tidur semua tu? Tapi apa-apa pun itu adalah pandangan peribadi saya.

“Jika ada mana-mana ibu bapa berhasrat nak tambah lebih ramai anak, terpulang dan saya sokong semua itu. Cuma bukan untuk saya,” ujarnya.



Sambil di hujung video tersebut, Diana memberitahu perlu segera menurunkan berat badan sebelum memasuki penggambaran drama terbaharu tak lama lagi.

Sekadar info, Diana berkahwin dengan Farid pada 3 November 2012. Pada Ogos 2023, pasangan ini bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.

Bagaimanapun, mereka kembali rujuk ketika tempoh eddah pada Ogos 2023.

Perkahwinan mereka dikurniakan dua zuriat iaitu Muhammad,10, dan Nur Aurora yang kini berusia lapan tahun. Utv



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar

Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker