Lahirkan bayi luar nikah hasil hubungan terlarang, polis tahan pelajar universiti

KEMAMAN – Seorang penuntut sebuah universiti awam di Terengganu sanggup membuat laporan palsu demi menyembunyikan perbuatannya melahirkan bayi luar nikah diketahui keluarga.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, penuntut perempuan yang berusia 22 tahun itu ditahan kerana membuat laporan palsu berhubung kelahiran bayinya pada awal pagi Jumaat

Hanyan berkata, kejadian tersebut terbongkar selepas suspek datang mendapatkan rawatan di sebuah klinik kesihatan di daerah ini dengan ditemani kakaknya kira-kira jam 2 pagi tadi kerana mengalami pendarahan.



Bagaimanapun katanya, doktor yang merawat suspek itu berasa curiga dengan maklumat diberikan, telah bertindak membuat laporan polis.

“Suspek melahirkan bayi di tandas kediaman keluarganya di Paka, Dungun pada awal pagi tadi.

“Jadi kakaknya yang menyedari kejadian tersebut bertindak membawa suspek ke klinik kesihatan di daerah lain.

“Ini kerana bimbang diketahui ibu bapa mereka yang juga pegawai perubatan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini pada Jumaat.



Mengulas lanjut, Hanyan menyatakan hasil siasatan polis berjaya menemui bayi itu yang dibalut dengan kain putih dan disembunyikan di belakang rumah.

Beliau menambah, bayi itu kemudiannya dibawa ke Hospital Kemaman namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Suspek mengaku mula melakukan hubungan terlarang di rumah sewa teman lelakinya pada April tahun lepas,” ujarnya.

Dalam pada itu, Hanyan berkata, suspek dibawa untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut manakala mayat bayi juga dibawa ke unit forensik hospital sama untuk siasatan.



Hanyan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



30 ekor gajah datang berkunjung

Johan gosok baju saya – Ozlynn



Bekain pemain Arsenal Podolski kini jutawan kebab, ais krim

Umpama kembar ‘Ronaldo’ jadi perhatian ramai



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker