Kejatuhan Ringgit: Gesaan Anwar “tidak dapat difahami, tidak rasional dan tidak logik – Hanipa Maidin

Bekas timbalan menteri undang-undang pentadbiran PH era 2018 Mohamed Hanipa Maidin tidak bersetuju dengan gesaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya kejatuhan ringgit tidak dijadikan isu politik.

Hanipa berkata ini bertentangan dengan kebebasan bersuara, melanggar perlembagaan dan tidak demokratik.

“Ia tidak mencerminkan budaya reformasi yang pernah dipropagandakan dan dipromosikan oleh PMX (Anwar),” kata bekas ahli parlimen Amanah itu.



Hanipa berkata gesaan perdana menteri itu “tidak dapat difahami, tidak rasional dan tidak logik.”

“Kerajaan tidak perlu bimbang tentang serangan politik, ia sentiasa boleh bertindak balas terhadap serangan itu,” tambahnya.

Pada 24 Feb, Anwar yang juga menteri kewangan berkata isu tersebut tidak wajar dipolitikkan.

Kata Anwar, kerajaan pimpinannya sedang berusaha memastikan nilai ringgit kembali melonjak.



“Sebab itu kita cari jalan untuk perbaiki dan jangan ini dijadikan sebagai sepak terajang politik,” katanya.

Semalam, Anwar menjelaskan bukan hanya ringgit sahaja yang merosot kerana mata wang Jepun (yen), China (renminbi) dan negara Asean lain juga mengalami penurunan.

Cuma dolar Singapura yang menjadi satu-satunya mata wang Asean yang tidak mengikut rend penyusutan itu, katanya.

Nilai tukaran ringgit telah berlegar sekitar RM4.77 hingga RM4.78 berbanding dolar AS dalam beberapa hari dagangan lepas.



Pada 2017, Anwar – ketika itu memimpin pembangkang – juga telah mengkritik pentadbiran perdana menteri Najib Razak mengenai kejatuhan ringgit.

Menurutnya, kedudukan ringgit yang lemah berkait langsung dengan persepsi negatif dalam pengurusan ekonomi negara.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan biar saya mati macam P Ramlee

Kurma Israel tapi label keluaran Palestin



Dua anak menganggur, ayah 70 tahun kerja rider

Pelukan Abby, Marissa undang sebak



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker