Jangan jual cerita ‘sakau’ kerana sudah basi, pemimpin DAP beritahu Anwar

Bekas ahli parlimen DAP Ong Kian Ming membidas Perdana Menteri Anwar Ibrahim kerana masih membangkitkan isu “sakau” selepas setahun mentadbir negara ini.

“Saya rasa cerita ini sedikit basi selepas lebih setahun sebagai kerajaan,” tulisnya di media sosial.

Terdahulu Anwar dilaporkan berkata, kerajaan terus boleh bantu rakyat kalau “wang yang disakau” tokoh tertentu dipulangkan.

Tegas perdana menteri jumlah yang dicuri bukannya sedikit, membabitkan nilai berbilion ringgit sedangkan mereka berdegar-degar mendakwa sebagai pejuang Melayu.

Jelasnya, wang yang dicuri itu menyebabkan kerajaan terbantut dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat secara berkesan.

Sementara itu, Ong menjelaskan kepada Malaysiakini, Anwar dan kerajaan harus fokus kepada reformasi yang dijanjikan.

“PMX dan kerajaan perpaduan harus memberi tumpuan kepada menjayakan reformasi politik dan institusi yang sebenarnya.

“Sebagai contoh, bilakah pengisytiharan aset oleh menteri, timbalan dan ahli parlimen akan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada meningkatkan ketelusan?” katanya.

Jelasnya lebih setahun selepas kerajaan perpaduan ditubuhkan, sesuatu yang mudah seperti ini belum dapat dilaksanakan lagi.

Awal bulan lepas, Anwar berkata format baru pengisytiharan aset sedang dirangka untuk menggalakkan ketelusan.

Garis panduan baru juga telah diberi kelulusan untuk memastikan pelantikan badan berkanun tidak terbabit dalam rasuah.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan biar saya mati macam P Ramlee

Kurma Israel tapi label keluaran Palestin

Dua anak menganggur, ayah 70 tahun kerja rider

Pelukan Abby, Marissa undang sebak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker