Yazmin Aziz buktikan pencapaian walau diganggu kontroversi

Yazmin Aziz buktikan pencapaian walau diganggu kontroversi

NADA suaranya di hujung talian terisi penuh dengan kegembiraan. Menurut pelakon dan penyanyi berusia 22 tahun ini, inilah kali pertama dirinya dihubungi pihak media untuk berkongsi mengenai sesuatu yang positif untuk diberitakan kepada semua pembaca.

Dalam kerendahan hati, Yazmin yang berdarah campuran Melayu-Filipina mengakui, selama ini, kebanyakan kisah meraih perhatian ramai adalah mengenai kontroversi dirinya semata.



Sama ada mengenai isu berpakaian seksi, hubungan cinta mahupun bagaimana dia dikritik kerana sering disalah sangka sebagai warganegara Filipina, Yazmin menelan semuanya itu dalam keterpaksaan.

Pun begitu, bagai pelangi selepas hujan, Anugerah Pencapaian Vokal Cemerlang yang diraihnya sempena Anugerah Perniagaan Usahawan Wanita Kehormat Shanghai 2023 di China baru-baru ini umpama telah membuka mata ramai bahawa di sebalik seorang Yazmin,ternyata ada kejayaan yang boleh dibanggakan.

“Bagi saya, sudah tiba masa untuk orang sedar bahawa ada juga perkara baik mengenai saya ini. Kalau tidak, asyik dikenali dengan cerita kontroversi sahaja. Bila ada kejayaan ini, saya anggap ia sangat membantu.

“Bukanlah saya nak buktikan apa-apa, cuma saya memang dah lama berharap supaya suatu hari orang boleh lihat bakat sebenar dan kualiti yang ada pada diri saya sebagai seorang artis. Bukan dikenali dengan cerita negatif semata-mata,”katanya.



Menurut Yazmin, keadaan itu adakala pernah membuatkan dirinya berasa hampa kerana sejak menceburi dunia hiburan sekitar 2017, seiring waktu, ada sahaja pencapaian seni yang pernah diraihnya.

“Sebagai contoh, semasa saya menyanyi sempena Minggu Fesyen Monte-Carlo, tiada sesiapa yang membuat liputan mengenainya. Sama ada orang tak ambil tahu sangat atau mereka lebih suka cerita negatif sahaja mengenai saya, itu tidak pasti.

“Tetapi saya banyak berjuang mewakili negara di seluruh dunia dan sudah tentu saya benar-benar berharap agar usaha saya itu menjadi perhatian ramai.

“Pun begitu, sedikit pun saya tidak menyimpan dalam hati. Saya faham ini sebahagian daripada lumrah dunia hiburan. Setidak-tidaknya mungkin sekarang orang baru nampak dan itu sudah mencukupi,”katanya.



Filipina jadi sasaran

Berkongsi lanjut, Yazmin turut memberitahu, dia kini merancang untuk memberi tumpuan penuh kepada bidang nyanyian dengan menjadikan Filipina sebagai negara sasaran untuk mengembangkan kerjaya.

Kata Yazmin, bukan bermaksud dia tidak mahu menjadi ‘jaguh kampung’ terlebih dahulu, tetapi kebanyakan peluang yang datang kepadanya adalah daripada mereka yang berada di luar negara.

Ia sekali gus dianggap sebagai satu peluang yang tidak mudah untuk dilepaskan.



“Sebelum ini pun memang ada yang tahu saya menyanyi. Malah saya pernah keluarkan single berjudul Pencari Hati. Sebenarnya, tawaran untuk merakamkan lagu dan mengembangkan kerjaya di Filipina datang sejak negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi.

“Tetapi, perkara itu ditangguhkan sebab wabak Covid-19. Pada masa yang sama, saya nk habiskan dulu pengajian di Universiti Help dalam bidang komunikasi dan pengajian media,”katanya.

Menurut Yazmin, kini tiada halangan buatnya untuk terbang lebih tinggi memandangkan dia sudah melunaskan komitmen pengajian di menara gading.

“Saya sudah habis belajar dan sekarang bolelah benar-benar fokus kepada bidang nyanyian dan rakamkan lagu baharu. Saya tak kata nak tinggalkan Malaysia terus hanya disebabkan mahu kembangkan kerjaya di Filipina.



“Bagi saya, tak salah kalau saya lakukannya di kedua-dua buah negara. Tiada apa yang merugikan pun sebab dalam muzik, kita tidak jurang dan saya percaya lambat laun orang akan mula nampak kebolehan saya dalam bidang seni ini.

“Pada pandangan saya, apa pun peluang yang datang, saya tak mahu lepaskan sebab usia pun masih muda. Jadi rugi jika saya tidak memanfaatkannya untuk melakukan yang terbaik demi kerjaya seni saya,”katanya.

TRIVIA

Anugerah pencapaian



Shanghai Honourable Women Entrepreneurs Business Awards 2023 – Outstanding Vocal Achievements

The McMillan Wood’s Global Award for Most Promising Singer of 2022

Outstanding Asian Teen Performing Artist at the 21st World Class Excellence Award 2019

Best Regional Influencer (Malaysia) in the Thailand Influencer Awards 2022

Top 10 of the TikTok Malaysia Top Tracks and is TikTok 2022’s Most Viewed Artist.

2021 TikTok Creator of the Year (Live-streaming)

Yazmin Aziz buktikan pencapaian walau diganggu kontroversi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah sudah disunting?

Pelakon biadap, rasa diva sebab ramai followers – Kismah Johari

Muhammad nama paling popular di UK bagi tahun 2023

Aplikasi Al-Inarah menjawab segala kemusykilan agama anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker