Husam saman Zamil dan 3 lagi

Husam saman Zamil dan 3 lagi

Pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Husam Muhamad Baderudin telah memfailkan saman fitnah RM5 juta terhadap empat individu termasuk seorang pegawai khas kepada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Berdasarkan writ saman yang dilihat Utusan Malaysia, empat penama berkenaan termasuklah pegawai khas kepada Najib, Mukhlis Maghribi serta bekas Presiden Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA), Zamil Ibrahim.



Dua lagi individu yang dinamakan Ahmad Husam adalah mereka bersekongkol dengan Mukhlis dan Zamil.

Saman difailkan di Mahkamah Tinggi Alor Setar melalui firma guaman Tetuan Zain Megat & Murad, pada 14 Disember lalu.

Peguam, Muhammad Asyraf Abd. Aziz mewakili anak guamnya itu mengemukakan saman setelah notis tuntutan yang dikeluarkan pada 13 November lalu tidak mendapat sebarang respons daripada defendan.

Katanya, Ahmad Husam selaku plaintif mendakwa Mukhlis telah menerbitkan satu hantaran di laman Instagram beliau: “Sesiapa nak tengok Ustaz Scammer boleh pi standby kat Mahkamah Kangar esok (22/6/23) pagi, lebih kurang pukul 8.30am.”



Manakala Zamil telah menulis dan menerbitkan pelbagai kenyataan fitnah antaranya melalui satu video yang dimuat naik di Facebooknya dengan menuduh Ahmad Husam kononnya sebagai seorang penipu, menyalahgunakan wang derma orang ramai dan wang zakat.

Sehubungan itu, plaintif menegaskan bahawa kenyataan-kenyataan fitnah yang diterbitkan oleh defendan dalam notis berkenaan adalah berniat jahat bagi memberi kesan serta gambaran buruk kepada orang ramai bahawa plaintif adalah seorang ‘penunggang agama yang tidak amanah, penipu dan tidak boleh dipercayai’.

Di dalam saman fitnah tersebut, Ahmad Husam mendakwa bahawa kesemua kenyataan-kenyataan yang dibuat Mukhlis dan Zamil bukan sahaja memfitnahnya, tetapi tuduhan jahat itu dibuat setelah beliau enggan membayar RM400,000 kepada Mukhlis.

Wang sebanyak RM400,000 itu sebagai ‘wang penyelesaian’ bagi satu siasatan pihak polis terhadap Ahmad Husam.



Pendakwah bebas itu antara lain telah menuntut ganti rugi am sebanyak RM5 juta, permohonan maaf daripada defendan-defendan, satu perintah supaya defendan-defendan tidak mengulangi kenyataan fitnah seumpamanya, perintah supaya kenyataan-kenyataan fitnah berkaitan dipadamkan oleh defendan-defendan dan ganti rugi teruk. UTUSAN

Husam saman Zamil dan 3 lagi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Sumpah 2 mahaguru silat ternama, Allahyarham Omardin dan Meor Abdul Rahman

Akhirnya Daim disiasat atas dakwaan rasuah & pengubahan wang haram



Mercedes ‘Avatar’ hanya pandu pakai ‘niat’

Pakar bedah tumbuk pesakit semasa pembedahan [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker