Pakar bedah tumbuk pesakit semasa pembedahan [VIDEO]

Rakaman kejadian itu tular di media sosial China pada minggu ini. – WEIBO

Pihak berkuasa China menyiasat sebuah hospital susulan insiden tular seorang pakar bedah menumbuk pesakit semasa pembedahan, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC).

Kumpulan induk hospital itu, Aier China menggantung tugas pakar bedah tersebut dan memecat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pusat perubatan berkenaan selepas rakaman kejadian pada 2019 itu tular minggu ini.

Berdasarkan rakaman, pakar bedah itu dilihat menumbuk kepala pesakit sebanyak tiga kali dalam satu pembedahan mata.

Aier China berkata, kejadian berlaku di sebuah hospitalnya di bandar Guigang, barat daya China.



Pesakit tersebut ialah seorang wanita berusia 82 tahun dan ‘semasa pembedahan, dia menunjukkan tingkah laku yang gagal dikawal selepas dibius.

Ketika pembedahan, pesakit itu menggerakkan kepala dan bebola matanya beberapa kali.

Memandangkan pesakit itu hanya boleh bertutur dalam dialek tempatan dan tidak mematuhi amaran doktor dalam bahasa Mandarin, pakar bedah itu terpaksa ‘merawatnya secara kasar dalam situasi kecemasan’.

Anak lelaki pesakit berkenaan berkata, pihak hospital meminta maaf dan membayar pampasan 500 yuan (RM325) selepas pembedahan.



Menurut lelaki itu, mata kiri ibunya buta selepas pembedahan, namun tidak dijelaskan sama ada ia berpunca daripada kejadian itu. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



‘Dibikin’ selama 15 tahun, filem Syaitan Munafik bakal menyeramkan penonton

CEO Starbucks merungut apa tu?



Caprice dipanggil ke IPD, netizen sedia ‘backup’ demi keadilan

Dividen ASB 2023 5.25 sen seunit



663.

/].7

11111111kjutyygyjm



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker