Ketua Pemuda PAS disekolahkan pemimpin UMNO

Ketua Pemuda PAS disekolahkan pemimpin UMNO

Pemimpin Umno membidas Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden yang seolah-olah cuba menggambarkan parti itu akan menerima segala cadangan DAP, rakan sekutu dalam kerajaan perpaduan.

Puad Zarkashi dan Wan Agyl Wan Hassan senada Umno tidak mudah untuk bersetuju dengan segala cadangan DAP terutama yang bercanggah dengan pandangan parti.



“DAP boleh bagi apa sahaja cadangan, tapi itu tidak bermakna Umno akan ikut jika ia bertentangan dengan dasar Umno.

“Umno yakin apa pun pendirian DAP dalam isu sensitif tidak semestinya ia akan terlaksana selagi tidak dapat persetujuan Umno,” kata Puad, ahli majlis kerja tertinggi Umno kepada FMT mengulas dakwaan Afnan bahawa kemungkinan parti itu akan menjadi “alas kaki” DAP di penghujung usia politik.

Afnan yang juga Ahli Parlimen Alor Setar merujuk perkara itu berdasarkan beberapa kenyataan pemimpin DAP berhubung persempadanan semula kawasan pilihan raya, bukan melayu dilantik perdana menteri dan cadangan memperkenalkan semula pilihan raya kerajaan tempatan.

Sementara itu, Wan Agyl, pengerusi tetap Pemuda Umno pula berpendapat tidak adil menyalahkan parti itu biarpun ia sebahagian kerajaan, susulan “kenyataan politik” dibuat oleh segelintir pemimpin DAP.



“Setakat ini segala kenyataan DAP bukanlah kenyataan rasmi kerajaan, maka untuk kita terus membuat kesimpulan bahawa segala kenyataan DAP akan terlaksana juga tidak adil kepada kerajaan,” katanya.

Wan Agyl berkata, ia juga perlu melalui persidangan Parlimen sekiranya sebarang pindaan ingin dilakukan kepada akta-akta mahupun Perlembagaan.

“Sudah pasti jika agenda Melayu dan Islam yang hendak dijaga, maka PAS juga tidak terkecuali untuk menolak pindaan akta dan Perlembagaan yang dirasakan tidak sesuai dan menyentuh hak dan sensitiviti orang Melayu.

“Daripada menghina parti lawan (Umno), lebih baik memulakan inisiatif perbincangan meja bulat bagi membincangan keresahan yang mungkin dirasai oleh orang-orang Melayu kesan daripada kenyataan-kenyataan politik DAP,” katanya. FMT



Ketua Pemuda PAS disekolahkan pemimpin UMNO

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sherie Merlis hangat bercinta dengan rakan artis?



Sudahlah Amy – Amir Ukays

Atilia kini bergelar pensyarah



Anak saya merintih 40 minit depan mata saya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker