Dakwaan Muhyiddin berhubung PM Melayu disanggah

Dakwaan Muhyiddin berhubung PM Melayu disanggah

Penganalisis menyanggah dakwaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin bahawa kini tiada jaminan bahawa perdana menteri dalam kalangan Ahli Parlimen Melayu.

Menurut penganalisis, kepentingan Melayu terjamin oleh saiz populasi, penguasaan parti berasaskan Melayu, dan Perlembagaan Persekutuan.



Awang Azman Pawi daripada Universiti Malaya berkata, landskap politik Malaysia berkisar pada identiti politik, yang menyaksikan kaum dan agama diutamakan.

“Berdasarkan demografi negara, golongan Bumiputera dan Muslim merupakan majoriti. Ini menjadi benteng (bagi politik Melayu),” katanya kepada FMT.

Kenyataannya bercanggah dengan dakwaan Muhyiddin bahawa perubahan dalam landskap politik bermakna tiada jaminan seorang Ahli Parlimen Melayu menjadi perdana menteri.

Menurut Muhyiddin, Ahli Parlimen tidak lagi mempunyai kuasa untuk memilih perdana menteri dan keputusan itu terletak sepenuhnya di tangan pemimpin parti.



Bagaimanapun, Awang Azman berkata, tiada keputusan dibuat secara sepihak oleh mana-mana ketua parti. Mana-mana ketua parti yang membuat keputusan sepihak, bertentangan dengan prinsip parti terutamanya dalam parti berteraskan atau dominan Melayu, akan berisiko disingkirkan.

Kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong menjadi satu lagi bentuk perlindungan, katanya.

“Seperti yang termaktub dalam Perlembagaan, kuasa melantik perdana menteri mengikut budi bicara Agong.”

Awang Azman memetik pelantikan Nizar Jamaluddin daripada PAS sebagai menteri besar Perak pada 2008, bukannya Ngeh Koo Ham walaupun DAP memenangi kerusi DUN terbanyak dalam Pakatan Rakyat di negeri itu.



Seorang lagi penganalisis, Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara berkata, Muhyiddin cuba mengambil kesempatan atas kenyataan Lim Kit Siang bahawa Perlembagaan tidak secara jelas menyatakan perdana menteri mesti orang Melayu.

Politik Malaysia didominasi oleh Bumiputera dan parti berasaskan Melayu seperti Bersatu, PAS, Umno, dan Amanah, kata Awang Azman, dan tidak masuk akal untuk mereka membelakangkan objektif utama parti.

Beliau berkata, negara masih belum pernah ada perdana menteri bukan Melayu walaupun peruntukan Perlembagaan telah digubal sejak negara ini ditubuhkan.

“Saya tidak nampak pada ketika ini mana-mana presiden parti majoriti Melayu akan menyokong (pelantikan) perdana menteri bukan Melayu,” katanya.



Azmi dan Awang Azman berkata, Perlembagaan tidak perlu dipinda kerana kepentingan Melayu sudahpun dilindungi. FMT

Dakwaan Muhyiddin berhubung PM Melayu disanggah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jeslina Hashim bakal kahwin kerabat diraja

Mati pucuk, dapat P-Shot, Zainal dah cuba



Nelydia Senrose berbadminton tanpa tudung

Tok Mat makin gah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker