Jojo anak Malaysia

Johan Ghazali minta peminat jangan pertikai asal usulnya.

Jojo anak Malaysia

KUCHING: Sejak mencetus sensasi selepas melakar prestasi memukau dalam arena muay thai antarabangsa, ramai yang berdebat mengenai negeri asal usul jaguh muda sukan tempur itu, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar.

Netizen berbalah dengan ada yang mendakwa Johan yang mesra disapa Jojo berasal dari Perak malah ada yang mengatakannya berasal dari Kuala Lumpur.



Namun pastinya ramai yang mengatakan Jojo berasal dari Sarawak, negeri tempat tinggalnya sekarang apatah lagi dia fasih berbahasa Melayu Sarawak.

Malah Jojo juga pernah mewakili Sarawak pada temasya Sukan Malaysia dan menyumbang pingat emas dalam acara disertainya.

Perdebatan asal usul jaguh sukan tempur berusia 17 tahun itu mula kedengaran sejak dia muncul juara Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia IFMA di Petaling Jaya pada Ogos 2022.

Namanya terus sensasi selepas menumbangkan Padetsuk Fairtex dari Thailand dengan masa terpantas hanya 16 saat pada kemunculan sulung di arena ONE Championship ketika usianya hanya 16 tahun, Februari lalu.



Perdebatan negeri asal usul Johan berterusan apabila dia melakar sensasi dengan memenangi semua lima pertarungan yang diharungi di ONE Championship setakat ini.

Ia termasuk kejayaan terkini menumpaskan juara Muay Thai Antarabangsa WBC dari Mexico, Edgar Tabares dalam penampilan sulung aksi Primetime US, ONE Championship, 8 Disember lalu.

Menyedari asal usulnya menjadi perdebatan, dua hari lalu pelajar Tingkatan Lima, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Thomas, Kuching itu tampil dengan video bagi merungkai persoalan dalam kalangan peminatnya.

“Kalau korang (anda) nak tahu aku sebenarnya asal dari mana… datuk aku berasal dari Lenggong, Perak dan bapa aku membesar di KL (Kuala Lumpur). (Tapi) sebenarnya aku orang Malaysialah.



“Korang tak patut kisah pun aku dari Perak ke, Semenanjung ke, Sarawak ke, Sabah ke, dari Pulau Pinang ke (sebab) yang penting aku orang Malaysia,” katanya.

Dalam video berdurasi 6 minit 45 saat itu, Jojo berkata, dia amat bangga menjadi orang Malaysia.

“Aku ada pasport Malaysia, kalau aku pergi fight (bertarung) mana-mana aku bawa bendera Malaysia.

“Memang target (sasaran) nak naikkan nama Malaysia, bukan nak naikkan nama negeri (mana-mana negeri) sebab aku dah fight di pentas dunia dan aku memang nak bawa nama Malaysia,” katanya.



Dia sempat berpesan kepada peminatnya supaya mengucapkan tahniah atas kapasiti Malaysia apabila dia mencapai kejayaan dalam mana-mana kejohanan yang disertainya.

“Untuk korang yang selalu tanya Johan dari mana lepas tu untuk orang yang selalu komen seperti tahniah anak Perak ke, tahniah anak Sarawak ke, tak perlu lagi.

“Cakap je tahniah anak Malaysia, sebab aku bangga jadi orang Malaysia.

“Kita semua patut bersatu padu tahu awak, sebab tak kisahlah dari negeri mana yang penting aku orang Malaysia,” katanya menutup perbualan.



Anak muda kacukan Melayu-Amerika Syarikat itu yang juga cucu bekas Panglima Angkatan Tentera dan Pengerusi New Straits Times Press, Allahyarham Tan Sri Ghazali Che Mat, berpindah ke Sarawak pada tahun 2015 mengikut bapanya yang bertugas sebagai pegawai kanan Polis Diraja Malaysia.

Bapanya, Senior Asisten Komisioner Zulfikar Ghazali kini bertugas sebagai Komandan Pusat Latihan Polis di Kuching. BH

Jojo anak Malaysia

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai penuh kabinet baru 2023

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja

Zara sindir genosid di Palestin?

Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker