Akauntan disyaki dibunuh, mayat ditemui di tepi jalan

KUALA LUMPUR: Seorang akauntan sebuah syarikat swasta ditemui mati disyaki dibunuh di tepi Jalan Kuari, Kampung Cheras Baru, pagi tadi.

Ketua Polis Cheras Zam Halim Jamaluddin berkata mayat lelaki berusia 28 tahun itu dijumpai dalam keadaan tertiarap dan tidak berpakaian oleh orang awam kira-kira 6 pagi sebelum melaporkannya kepada polis.

“Pemeriksaan awal polis mendapati beberapa kesan kecederaan pada mayat mangsa. Mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras untuk proses bedah siasat yang akan dilakukan esok.



“Semasa ditemui, tiada sebarang dokumen pengenalan diri pada mangsa, namun indentitinya telah dikenal pasti keluarga lelaki itu,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/5051, hotline Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999 atau balai polis berhampiran.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Ella ‘lost’ nak pilih juara



GV10: Jaclyn Victor juara

GV10: Liza Hanim layak jadi juara – Hetty Koes Endang



Notis jabatan kerajaan: ‘Jangan skandal dengan suami, isteri orang’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker