Azalina mahu Stampa disumbat dalam penjara
KUALA LUMPUR: “Kalau boleh saya nak dia (Gonzalo Stampa) dimasukkan ke dalam penjara sebab perangai dia yang betul-betul biadab dan kurang ajar kepada rakyat Malaysia dan rakyat Malaysia.”
Demikian tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
Mengulas perkara itu, beliau bukan saja mahu hukuman sekadar denda tetapi lebih berat daripada itu boleh dipertimbangkan untuk dikenakan ke atas penimbang tara Sepanyol itu, setelah mendapati punca kuasa Stampa sebagai penimbang tara diputuskan sebagai tidak sah.
Mengambil kira situasi tuntutan terhadap kedaulatan Malaysia oleh kumpulan Sulu, beliau berkata ia bermaksud Stampa tiada kuasa untuk menjadi penimbang tara disebabkan perintah terhadapnya sebagai penimbang tara sudah ditarik balik.
Namun begitu, beliau menyerahkan kepada Mahkamah Tinggi Madrid untuk membuat keputusan yang tidak pasti bila ia akan diputuskan.
“Maknanya kes mahkamah di Perancis, The Hague sebenarnya tak boleh langsung di layan oleh negara-negara tersebut. Tetapi disebabkan sistem timbang tara antarabangsa ini, bila sudah ada perintah, maka mereka tengok perintah itu saja. Tak tengok asal usul perintah berkenaan.
“Jadi itu sebabnya kita sudah menang di mahkamah negara tersebut. Sebab kita sudah boleh meyakinkan mereka bahawa tuntutan itu sesuatu yang tidak boleh diterima sebab tak sah.
“Bagaimanapun mereka telah juga membuat pelbagai tuntutan sampingan. Harapan kita apabila Stampa dibicarakan tadi (di Mahkamah Tinggi Madrid) dan kemudian kes telah didengari, pendakwaan dan pembelaan… mahkamah akan buat keputusan, saya tak tahu bila.
“Kita berharap keputusan mahkamah itu akan memberikan kekuatan yang lebih kepada Kerajaan Malaysia dan Malaysia sebagai satu jaminan semua tuntutan di mana-mana negara yang kemungkinan akan timbul (masa depan) boleh dimatikan secara begitu tanpa ada apa-apa pertikaian sampingan,” katanya pada sidang media secara dalam talian selepas menghadiri prosiding di Mahkamah Tinggi Madrid, Sepanyol hari ini.
Pertuduhan jenayah ke atas Stampa yang bertanggungjawab atas penipuan dinamakan “Anugerah Sulu” sebanyak AS$14.9 bilion di Mahkamah Jenayah Madrid, Sepanyol, hari ini adalah permulaan keadilan kepada 32 juta rakyat Malaysia, katanya.
Stampa dinamakan sebagai defendan dalam prosiding jenayah di Sepanyol yang dibawa oleh Pejabat Pendakwa Raya negara itu dan Malaysia, dan akan berdepan pertuduhan menghina mahkamah dan amalan profesion tanpa kelayakan.
Azalina berkata, mahkamah Sepanyol, Perancis dan Belanda telah mengesahkan kedudukan keseluruhan Malaysia berhubung kes Sulu dan mengenai Anugerah Akhir yang kononnya dikeluarkan Stampa pada 28 Februari 2022 yang menuntut Malaysia membayar AS$14.9 bilion.
Mahkamah Tinggi Sepanyol sebelum ini mengisytiharkan pembatalan pelantikan Stampa sebagai penimbang tara dan memerintahkannya untuk menamatkan prosiding, kerana satu-satunya hak beliau untuk bertindak sebagai penimbang tara adalah terbatal.
Stampa yang memperoleh lebih AS$2.5 juta daripada kumpulan mengaku waris Sulu (dibiayai oleh pembiaya litigasi, Therium), dengan sedar enggan mematuhi perintah itu.
Mahkamah di Perancis dan Belanda pula mengisytiharkan pada Jun lalu bahawa Malaysia tidak pernah setuju perkara itu dibawa kepada timbang tara, dan oleh itu timbang tara palsu tidak sepatutnya berlaku.
Mengulas lanjut situasi terpalit Stampa ketika ini dengan status keabsahan Final Award yang pernah dilaporkan sebelum ini, Azalina mengibaratkan senario tidak ubah seperti pemerolehan geran tanah secara penipuan.
“Contoh kalau kita ada geran tanah, kemudian kita tahu gerakan itu kita dapat dari penipuan perintah mahkamah dan sebagainya… jadi kita nak matikan kesahihannya.
“Jadi kesahihannya yang kita cari sekarang ini ialah mengesahkan bahawa dia telah berlaku melebihi dari kuasa sebab dia (Stampa) tidak ada kuasa.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Konsert Ed Sheeran, bersediakah Stadium Nasional ‘dilanyak’ lagi?
- Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam
- Meerqeen bingung digelar ‘playboy’
- Ibu subahat beri suami rogol anak tiri
- 8 MP PN akan isytihar sokong PM – Syed Hussin
- Henti kongres bumiputera bukan kenyataan saya – Lian Ker
- Anwar berbeza dengan tiga PM sebelum ini – Zahid
- Mana ada Terengganu dianaktiri
- Tubuh pasukan bebas siasat dakwaan Ayob
- Sultan Johor tolak Hasni sebagai MB untuk tegakkan kuasa raja
- Sultan Ibrahim beri amaran akan ‘buru’ semua orang yang korup apabila dilantik sebagai Agong
- Sultan Ibrahim mahu Projek HSR yang diilhamkan Najib dikembalikan semula
- Ibu Danial Akmal akan ambil tindakan undang-undang kes buli di asrama ASiS
- Anak durjana tikam dan bunuh ibu bapa warga emas
- Tikam kepala, leher dan muka
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Notis jabatan kerajaan: ‘Jangan skandal dengan suami, isteri orang’