Sultan Johor tolak Hasni sebagai MB untuk tegakkan kuasa raja

Pada tahun 2022, Johor dilanda krisis setelah pengerusi BN negeri ketika itu, Hasni Mohammad dihalang untuk dilantik semula sebagai Menteri Besar bagi penggal kedua, walaupun berjaya memimpin gabungan itu dengan majoriti besar dalam pilihan raya negeri.

Ketika itu, media melaporkan pelantikannya dihalang oleh ‘kuasa lebih tinggi’, walaupun sebab di sebalik perkara itu tidak pernah dijelaskan.

Dalam wawancara bersama The Strait Times Singapura yang diterbitkan hari ini, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mendedahkan bahawa baginda telah menolak pencalonan Hasni bagi menegakkan kuasanya sebagai ketua negeri.



“Mereka buat silap. Hasni telah dijadikan ‘poster boy’, dan kesemua mereka (wakil rakyat BN) menandatangani deklarasi untuk menyokongnya.

“Jadi, anda ingin desak saya (push me to the wall)? Dalam perlembagaan kami (Johor), satu-satunya individu yang boleh membuat keputusan melantik menteri besar adalah sultan.

“Sebab itulah beta menukarnya (pelantikan) dan mengejutkan semua pihak,” menurut Sultan Ibrahim.

Sultan Ibrahim kemudian melantik Adun Machap Onn Hafiz Ghazi sebagai menteri besar.



Baginda akan menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong dan akan mengangkat sumpah pada 31 Januari depan.

Dalam wawancara itu, Sultan Ibrahim menyatakan baginda tidak mahu menjadi ‘raja boneka’ semata-mata dan akan menggunakan sepenuhnya pengaruh sebagai Yang di-Pertuan Agong untuk “memperbetulkan keadaan”.

Ini termasuklah memastikan semua ahli parlimen sentiasa dipantau, dengan menyatakan baginda berada di pihak rakyat dan bukan ahli politik.

Selain itu, Sultan Ibrahim juga berkata akan turut bersikap tegas dalam hubungannya dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.



“Apabila beta kata tidak mahu berjumpa anda, itu sudah menjadi persoalan besar kenapa.

“Dan beta ada pasukan media sosial sendiri. Apa yang beta beritahu perdana menteri, beta pastikan ia keluar – seluruh negara akan mengetahuinya.

“Sama ada dia bekerja rapat bersama beta atau keadaan akan menjadi sukar,” titah Sultan Ibrahim.

Pada masa sama, Sultan Ibrahim menyatakan sokongan kepada Anwar, yang menurutnya ada kala menghubunginya, “malah di tengah malam, untuk meminta nasihat”.



Baginda juga berkata Anwar patut diberi peluang membuktikan kemampuannya dan terdapat menteri yang bagus dalam kerajaan, antaranya Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

“Beta akan menyokong kerajaan, tetapi jika beta fikir mereka melakukan sesuatu yang tidak betul, beta akan beritahu mereka,” titah Sultan Ibrahim.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bila-bila masa bom jangka boleh meletup

Padu teguran David Teo kepada BCL



Kim Jong-un menangis rayu kaum wanita lahirkan anak

Minta maaf atau disaman, Syura Badron dah tak tahan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker