Saravanan, Ka Siong jumpa Najib di mahkamah

Saravanan, Ka Siong jumpa Najib di mahkamah

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan berjumpa dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di mahkamah di sini hari ini.

Hari ini sambungan prosiding sambung bicara penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) RM2.28 bilion membabitkan Najib.

Ka Siong yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam tiba sekitar pukul 8 pagi tadi manakala Ahli Parlimen Tapah, Saravanan 10 minit kemudian ke tingkat 4, Mahkamah Tinggi di Jalan Duta pagi ini.

Ka Siong hadir di mahkamah sebelum sesi prosiding kes 1MDB melibatkan Jaib di Kuala Lumpur hari ini.
Mereka berdua kemudian dilihat bersalaman dengan Najib sambil berbual mesra apabila bekas Perdana Menteri itu tiba di luar mahkamah sebelum duduk bersama dalam prosiding pagi ini.

Najib yang juga mantan Ahli Parlimen Pekan merangkap bekas Presiden Barisan Nasional (BN) kelihatan teruja dan sempat bergelak ketawa dengan kedua-dua pemimpin tertinggi BN itu dengan kawalan ketat oleh pegawai Penjara Sungai Buloh.

Najib berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Pada perbicaraan lepas, Mahkamah Tinggi diperdengarkan bagaimana Najib telah membelanjakan RM80,000 bagi tujuan rawatan pencegahan penyakit kanser daripada wang derma yang didakwa diterima daripada kerabat diraja Arab Saudi.

Ia berdasarkan keterangan saksi ke-48 pendakwaan, Asisten Komisioner Foo Wei Min yang dipercayai mengetahui hal tersebut ketika beliau mengambil keterangan daripada Najib.

Perbicaraan akan bersambung sekitar pukul 10 pagi ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah. MG

Saravanan, Ka Siong jumpa Najib di mahkamah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Daiyan Trisha dicium Hun Haqeem, netizen naik minyak

Nampak macam mak awak ke, tanya Leona

Aku bersumpah tiada lagi kelahiran lelaki dalam keluarga kau – Bekas menantu Zainal Abidin

Anak Nazir Razak ‘kurang senang’ dengan perkahwinan baru ayahnya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker