Zayn Rayyan cuba mempertahankan diri – Polis

Zayn Rayyan cuba mempertahankan diri – Polis

Hasil bedah siasat menemui kesan luka mempertahankan diri pada tubuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang ditemui meninggal dunia selepas dilaporkan hilang kelmarin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, hasil bedah siasat turut mendedahkan kematian berpunca daripada kecederaan di leher dipercayai akibat dicekik.



“Dalam konteks ini (punca kematian) saya rasa elok saya sebut bedah siasat menemui defensive wound (kecederaan akibat mempertahankan diri).

“Demi menjaga maruah Allahyarham dan keluarga saya rasa memadai saya cakap itu sahaja,” katanya kepada pemberita ketika di temui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini, malam ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh di satu lokasi berbeza sebelum ditinggalkan di tempat ditemui semalam.

Katanya, anak sungai lokasi mayat mangsa ditemui adalah kawasan terpencil yang jarang dilalui orang ramai.



Jadi, menurutnya, polis percaya suspek tahu selok belok di kawasan itu.

“Kita boleh rumuskan dari usaha pencarian oleh IPD Petaling Jaya selama dua hari di tempat sama tetapi (mangsa) tidak ditemui.

“Namun, ditemui pada hari kedua, lewat malam semalam.

“Mengambil dari situ kita boleh rumuskan mangsa mungkin mati di tempat lain dan diletakkan di situ,” katanya.



Mengulas mengenai identiti suspek Shuhaily berkata, pihaknya masih mengenal pasti suspek.

Katanya, kes itu baharu sahaja diklasifikasikan semula kepada 302 Kanun Keseksaan (bunuh) dan pihaknya memerlukan masa untuk jalankan siasatan. HM

Zayn Rayyan cuba mempertahankan diri – Polis

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Daiyan Trisha dicium Hun Haqeem, netizen naik minyak

Nampak macam mak awak ke, tanya Leona



Aku bersumpah tiada lagi kelahiran lelaki dalam keluarga kau – Bekas menantu Zainal Abidin

Anak Nazir Razak ‘kurang senang’ dengan perkahwinan baru ayahnya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker