Wahab saman Chegubard, pegawai J-KOM

Wahab saman Chegubard, pegawai J-KOM

Kakitangan di Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa pihak termasuk Pengarah Bahagian Latihan dan Pendidikan J-KOM.

Peguam mewakili Wahab, Faizal Rahman, memaklumkan surat tuntutan saman sudah dihantar kepada dua pihak iaitu ahli jawatankuasa penerangan BERSATU, Badrul Hisham Shaharin dan pengarah bahagian di J-KOM, Hakim Ramlee.



“Tuntutan itu berhubung penularan video perbualan lucah individu mirip bekas Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Mohammad Agus Yusoff dan Wahab.

“Setakat ini, arahan diberikan (Wahab) adalah keluarkan surat tuntutan saman kepada dua individu ini berhubung penularan video lucah,” katanya ketika dihubungi.

Ketika ditanya mengenai individu didakwa sebagai dalang konspirasi itu yang dikenali Mr H, Faizal memaklumkan pendedahan identiti individu itu diserahkan sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“No (tiada) komen, cuma pada saya, pihak polis sewajarnya dedahkan (identiti Mr H) bagi menunjukkan pentadbiran yang tidak memihak,” katanya.



Sebelum ini, rakaman video berdurasi tiga minit yang tular sejak 17 November lalu menjadi topik hangat di media sosial, berikutan terdapat individu mirip Mohammad Agus bersama seorang lelaki.

Susulan itu, Mohammad Agus meletak jawatan sebagai Ketua Pengarah J-KOM mendakwa video perbualan yang mengaitkan dirinya adalah palsu dan disunting pihak tidak bertanggungjawab.

Pada sidang media khas berhubung isu itu, pegawai J-KOM yang dikaitkan dengan video tular itu iaitu Wahab mendakwa dirinya dijadikan kambing hitam untuk menjatuhkan Mohammad Agus oleh individu bernama Mr H. BH

Wahab saman Chegubard, pegawai J-KOM



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bila-bila masa bom jangka boleh meletup



Padu teguran David Teo kepada BCL

Kim Jong-un menangis rayu kaum wanita lahirkan anak



Minta maaf atau disaman, Syura Badron dah tak tahan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker