Bila-bila masa bom jangka boleh meletup

Bila-bila masa bom jangka boleh meletup

UMNO Kelantan mengingatkan Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari supaya menjaga parti sendiri dan gabungan Perikatan Nasional (PN) yang disifatkan sebagai bom jangka dan akan meletup bila-bila masa sahaja.

Timbalan Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor, berkata kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ibarat ayam berkokok berderai-derai tetapi ekornya penuh najis.



“Jangan buat lupa, pimpinan PAS pun sedang dalam siasatan rasuah yang ada kaitan pembabitan mereka, berbeza dengan pertuduhan politik terhadap Presiden UMNO oleh regim terdahulu.

“Jadi cermin dulu sebelum menjadi angkuh,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tegasnya, kenyataan Ahmad Fadhli itu sekadar menutup banyak siri kegagalan Presiden PAS mutakhir ini yang membawa kepada perpecahan Melayu Islam negara ini.

“Pertama, Presiden PAS banyak mengeluarkan fatwa sesat mengikut selera diri ibarat sesumpah yang menukar warna. Bermulanya episod perpecahan umat Melayu di negara ini apabila Amanat Haji Hadi di Banggol Peradong menjadi buktinya.



“Kedua, Presiden PAS gagal meneruskan penyatuan Melayu ketika bersama dalam Muafakat Nasional (MN) apabila bertindak memutuskan hubungan bersama UMNO walaupun majoriti pimpinan PAS masih lagi ingin bersama. Terang-terang sifat mengkhianati persahabatan ditunjukkan apabila rela bersekedudukan bersama BERSATU tanpa pengetahuan UMNO.

“Selain itu, Presiden PAS jugalah yang galak merancang gerakan tebuk atap demi kuasa untuk memerintah negara tanpa menjunjung Titah Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Terdahulu, PAS membalas kritikan pemimpin utama UMNO dengan menyifatkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai nakhoda yang sedang membawa ‘kapalnya’ karam.

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli, menegaskan yang PAS akan terus berusaha menyelamatkan pemimpin dan ahli UMNO dari terus karam. BH



Bila-bila masa bom jangka boleh meletup

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Daiyan Trisha dicium Hun Haqeem, netizen naik minyak



Nampak macam mak awak ke, tanya Leona

Aku bersumpah tiada lagi kelahiran lelaki dalam keluarga kau – Bekas menantu Zainal Abidin



Anak Nazir Razak ‘kurang senang’ dengan perkahwinan baru ayahnya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker